CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Cincau Hitam – Panduan penanaman ladang

pokok cincau hitam

Nama Biasa: Cincau Hitam

Nama Botani: Mesona palustris / Mesona chinensis sinonim Platostoma palustre
keluarga: Lamiaceae (keluarga pudina/ mint)

Kawasan penanaman Cincau Hitam

Kawasan paling sesuai ialah pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Pada ketinggian ini saiz pokok Cincau Hitam boleh mencapai ketinggian maksima 1.5 meter. Pada kawasan tanah rendah disarankan menanam dibawah teduhan net.

Tidak sesuai menanam tanaman lain disekelilingnya kerana perebutan nutrisi akan menyebabkan cincau hitam menjadi tidak subur (kalah dengan tanaman lain dalam perebutan nutrisi).

Penyediaan ladang

1. Bersihkan kawasan penanaman dari rumpai. pastikan rumpai dibuang hingga akarnya.
2. Bajak nipis tapak penanaman.
3. Sediakan lubang dengan jarang 50 x 50 cm.
4. letak baja organik sebagai dasar di dalam lubang penanaman.
5. Tanam benih cincau hitam yang telah di semai. Jika gunakan keratan batang pastikan keratan ini dari batang pokok induk yang telah tua untuk memastikam ketahanannya sehingga akarnya tumbuh.
6. Pastikan air mencukupi di peringkat pertumbuhannya. Amat sesuai ditanam ketika permulaan musim hujan.

Pembajaan

1. Selepas 1 bulan ditanam berikan baja yang mempunyai nisbah N:P 2:1. Lebih kurang 1/2 sudu makan untuk setiap lubang tanaman. Jarakkan lebih kurang 15 cm dari batang pokok Cincau Hitam.
2. Pada bulan kedua berikan baja yang sama dengan jumlah yang samaa.
3. Bersihkan rumpai disekeliling tanaman supaya pertumbuhannya tidak terganggu.
4. Jika tanaman terkena penyakit buruk batang(selalunya pada umur 10-20 hari), semburan anti kulat diperlukan
5. Antara serangan makhluk perosak yang lain ialah hama, bena dan tikus

Tempoh penuaian

1. Tempoh Penuaian pertama , 4-6 bulan dari masa menanam di ladang( setelah bunganya mula keluar)
2. Satu hektar tanaman dapat menghasilkan 7.5-9 tan cincau basah (1.5 tan cincau kering).
3. Cara tuaian dengan memotong bukan mencabut. Boleh dituai lagi setelah 3 bulan dipotong proses boleh diulang sehingga tanaman berusia 2 tahun. Setelah itu penanaman semula boleh dilakukan untuk menjamin kualiti daunnya.

Proses pembuatan cincau hitam

Daun dan batang yang kering direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Tapis dan buang hampasnya. Masukkan tepung ubi kayu atau tepung jagung dan terus kacau hingga campuran tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong untuk dicampur dalam minuman.

(Disediakan oleh Noraida Arifin untuk https://melur.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)