fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Cincau Hitam Dan Cincau Hijau

Cincau Hitam Dan Cincau Hijau

Oleh Noraida Arifin

Tanaman cincau ini telah lama menarik minat saya. Sejak zaman sekolah menengah lagi ketika saya mula-mula tahu cincau itu sebenarnya berasal dari tumbuhan, selepas membelek-belek tin minuman. Pada tin tersebut tertulis grass jelly (Mesona Chinensis). Sebelum daripada itu, saya fikir cincau tu dibuat daripada agar-agar. Bila saya berkahwin, suami saya selalu bercerita mengenai arwah ibunya yang selalu membuat cincau dengan cara meramas-ramas daun cincau ke dalam air dan dibiarkan hingga menjadi jeli keras. Sejak itu saya selalu mencari kalau-kalau terjumpa dengan benih cincau ini , malangnya tidak pernah berjumpa. Pada Tahun 2007 , syarikat saya, Melurdotcom, telah dihubungi oleh seorang pengusaha tanaman cincau hitam dari Daerah Jawa Barat Indonesia untuk memasarkan produk daun kering. Kerana keterbatasan waktu , serta kesibukan saya dengan kerjaya 8 to 5 saya, cadangan itu saya selit entah ke mana. Lagipun ketika itu pasaran daun cincau hitam Malaysia masih tidak meluas dan hanya terdapat di kedai-kedai singsei cina sahaja.

Tiba-tiba tanaman cincau menjadi popular dan ramai penjual online menjualnya. Saya cuba beli satu benih. Terkejut juga melihat hanya seurat pokok cincau hitam yang sampai.tetapi saya fikir, jika penjual ini berani menghantar seurat pokok cincau, pasti beliau tahu pokok ini senang tumbuh dan membiak. Dan Alhamdulillah dalam masa lebih kurang sebulan pokok cincau saya telah membesar , malah saya sudah berjaya membiakkan 5 lagi anak pokok cincau hitam.

Itu kisahnya cincau hitam . Cincau hijau pula saya dapat beli cuttingnya. InsyaAllah sekarang sedang cuba tanam.

cincau
Cincau Hitam
cincau hijau
Cincau Hijau

Antara Spesis Yang Terdapat Di Malaysia.

1. Cincau hitam, dari genus Mesona. Ia merupakan jenis tumbuhan dari keluarga pudina (Labiatae). berbatang lembut membiak dengan cepat jika cukup air. Kaedah pembiakan melalui jalaran akar. Jenis yang biasa dijadikan cincau ialah Mesona Chinensis dan Mesona palustris. Di Indonesia jenisnya yang dikomersialkan ialah Mesona Palustris., manakala di Indochina, jenis Mesona chinensis di komersialkan.

2. Cincau hijau perdu. Spesis ini merujuk kepada lebih dari satu jenis pokok. Jenis yang paling biasa digunakan ialah jenis Premna oblongifolia, satu genus dengan pokok bebuas, daunnya pun hampir sama. Spesis lain yang boleh didapati maklumatnya dari internet juga ialah Melasthoma polyanthum, satu genus dengan pokok senduduk.

4. Cincau hijau memanjat. Cyclea barbata. Terdapat dua jenis yang dibezakan oleh tekstur permukaan daunnya. Ada yang daunnya licin berkilat dan ada yang daunnya berbulu. Daunnya berbentuk hati. Bahagian yang digunakan ialah bahagian daun dan sulurnya.

Proses pembuatan Cincau Hijau (proses yang sama untuk semua jenis).

Daun cincau hijau diramas-ramas di dalam air mati hingga mengeluarkan lendir yang berwarna hijau. Setelah itu daunnya ditapis dan dibuang. Air ramasan tadi disejukkan sehingga menjadi jeli yang keras. Ianya amat sedap dimakan bersama santan dan gula melaka. Spesis dari jenis memanjat mempunyai rasa yang istimewa dan agak manis serta paling sedap berbanding yang lain.

Proses pembuatan Cincau Hitam:

Daun dan batang yang kering direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Tapis dan buang hampasnya. Masukkan tepung ubi kayu dan terus kacau hingga campuran tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong untuk dicampur dalam minuman.

6 comments

  1. Cik ada jual benih cincau ni tak? Saya berminat.

    1. Ada. Cik boleh sms/whatsapp ke 0194779004 (Puan Noraida).

  2. siti noraidah

    assalammualaikum..sy berminat nk beli pokok cincau hitam.blh ke jual pd sy

  3. Boleh. Cik boleh order kat katalog kami disini. http://www.melur.com/product/anak-pokok-cincau-hitam/
    Atau whatsapp ke 019-4779004

  4. cik boleh sy share maklumat cincau ni dlm fb sy..trima kasih

    1. adminmelur

      Boleh. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!