Posted on

Herba Untuk Asma / Lelah

Oleh: Marlisa Shahrul (Myherba)

Perkataan ‘asma’ berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas.Ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil. Antara simpton seseorang diserang asma adalah nafasnya berbunyi (wheezing) seperti bunyi siulan halus dan panjang disamping bunyi termengah-mengah didada, batuk dan sesak nafas.Gejala lain ialah berlakunya infeksi saluran pernafasan ,sinusitis (radang selaput ruang sinus) dan rasa pedih dibahagian tengah dada serta batuk pada awal pagi. Antara faktor –faktor yang boleh mencetuskan serangan asma ialah:

  • debu rumah; serangga seperti lipas yang telah mati menjadi kering dan hancur menjadi debu yang akhirnya terapung di udara, kain bulu, kapuk bantal dsbg.
  • alahan pada binatang peliharaan seperti kucing ,anjing dan arnab juga burung merpati. Alahan  terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang itu menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu.Bulu dan daki dari keruping kulit kering itu menjadi ringan dan berterbangan diudara ktika bintang itu menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing manakala bagi arnab dan merpati terdapat pada najisnya.
  • bahan toksik, asap rokok, pewangi, cat, bahan kimia rumah seperti penuci lantai dan ubat nyamuk lingkar.
  • alat pendingin udara,kipas angin,udara sejuk dipergunungan,debunga dan perubahan cuaca mendadak.
  • terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja berat disamping sering mengalami tekanan perasaan serta mendapat jangkitan pada paru-paru.

Serangan asma mengakibatkan radang berikutan reaksi sistem pertahanan tubuh melindungi tubuh  daripada serangan, dengan itu akan terjadi kemerahan pada saluran pernafasan diperingkat bronkus.Ini berlaku kerana pembuluh-pembuluh darah membawa sel-sel radang iaitu sel-sel darah putih ke situ. Semasa proses ini berlaku kimia-kimia alergi dikeluarkan dengan banyaknya menyebabkan berlakunya konstriksi pada otot-otot lalu menjadikan saluran pernafasan sempit.Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembentukan lendir yang berlebihan pada sel-sel dan kelenjar disepanjang saluran pernafsan semasa radang berlaku. Semasa berlakunya serangan asma, otot pada organ tubuh yang berongga dan saluran iaitu usus, perut dan otot pada bronkus dan bronchial menjadi polos menyebabkan oto-otot kejang dan menguncup. Keadaan ini menyebabkan udara yang mengandungi karbon dioksida terperangkap dalam paru-paru mengakibatkan penghidap asma merasa sesak nafas dan ketat dada.

img

Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam. Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada. Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum. Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam. Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma. Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bunga lawang dimana ia direbus dan diminum airnya.

Dalam rawatan Ayurveda,kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma. Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis. Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma. Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Rawatan akupuntur juga menawarkan rawatan bagi pesakit asma di pusat akupuntur Tole.

Master Leong Hong Tole

Email :thetole@pd.jaring.my 603-21418370/21451671 603-80758746 (cawangan)

Di alamat( Utama ) Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara Promet Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur ( Cawangan dengan kemudahan tempat tinggal ) 33B & 33C  Jln 1/11A Taman Kinrara Sek-1 Batu 7 1/2 Jln Puchong 58200 Kuala Lumpur http://www.geocities.com/toleherba/rawatan.htm

Info dan laman web berkaitan herba dan asma:

Faculty of Homeopathy. For medically trained homoeopaths. 15 Clerkenwell Close, London EC1R 0AA. Tel: 020 7566 7800. Fax: 020 7566 7815. Email: info@trusthomeopathy.org. www.trusthomeopathy.org

National Institute of Medical Herbalists. 56 Longbrook Street, Exeter, EX4 6AH. Tel: 01392 426022. Fax: 01392 498963. www.nimh.btinternet.co.uk

Society of Homoeopaths. For non–medically qualified homoeopaths. 4a Artisan Road, Northampton NN1 4HU. Tel: 01604 621400. Fax: 01604 622622. Email: societyofhomoeopaths@ btinternet.com. www.homoeopathy.org.uk

Register of Chinese Herbal Medicine. Garden Studios, 11Ð15 Betterton St, London WC2H 9BP. Tel: 020 7470 8740. www.rchm.co.uk European Herbal Practitioners Association. Midsummer Cottage Clinic, Nether Westcote, Chipping Norton OX7 6SD. Tel: 01993 830419. Fax: 01993 830957

http://www.asthma-allergies-treatment.com/asthma/1/index.htmlhttp://www.asthma.org.uk/about/an074.php

http://www.asthma-allergies-treatment.com/asthma/2/natural-vitamins-to-prevent-asthma.html

http://www.top-mix.info/8/natural-asthma-remedy.html http://www.naturallydirect.net/natural-asthma-remedy.htm

www.saunabucks.com/asthma/%A0asthma-herb. www.natural-remedies-clinic.co.uk/cart/sitemap.php

Share this:
Posted on

Khasiat Belimbing Besi (Mingguan Wanita April 04)

Belimbing

Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia, terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola). Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebagai starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang membangunkan selera. Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan setelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaannya, buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam : -menurunkan tekanan darah -anti kanser -melancarkan pencernaan -menurunkan kolestrol -membersihkan usus. Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi juga baik untuk pesakit darah tinggi-(sumber Mingguan Wanita April04). Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya. Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi. Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas. Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan. Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat, jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya. Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema. Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).

Share this:
Posted on

Pengawalan Bena Putih (Aphid)

Oleh Noraida Arifin

aphid-beech

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut (herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dan boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting

Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga. Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini.

Keadah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak. Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan. Anda akan dapati bena akan berkurangan dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini. Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak. Ladybird (Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena. Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih.

ladybug

Jika anda ada cara lain untuk menghapuskan bena putih, sila kongsi bersama kami dengan memberi maklumbalas.

Share this:
Posted on

Migrain & Herba

Oleh Noraida Arifin
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

 

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit
dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

 

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.

 

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  sembung
ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang
digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya. Sejenis bunga yang dipanggil
feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh
digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

 

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari familirosemary
labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john’s  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di Filipina.

 

Rosemary boleh didapati di katalog melurdotcom; biji benih dan anak pokok.

Share this:
Posted on

Atasi kelemumur dengan daun kesum

Atasi kelemumur dengan daun kesum

Kalau dah cuba pelbagai jenis syampu dan rawatan tapi masalah kelumumur tetap tak hilang-hilang apakata kita kembali alami dan cuba petua ini. Guna daun kesum saja. Tunggu time lebih-lebih buat laksa, lumatkan daun kesum ni… boleh tumbuk hingga jadi pes dan lumurkan pada kulit kepala. Biar seketika sebelum dicuci bersih dengan syampu.

 

kesum
Daun Kesum
Share this:
Posted on

Antioksida dalam belimbing

Belimbing merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang mudah dijumpai di tanam di kampong-kanpung kerana fungsinya sebagai pokok yang membekalkan makanan disamping menyediakan teduhan. Pokok belimbing tergolong dalam kelompok pokok kecil dengan ketinggian sekitar 5 hingga 12 meter. Daunnya kecil berwarna hijau gelap dan tersusun secara berselang pada tangkai daun. Bunganya berwarna ungu kemerahan. Buahnya yang berwarna hijau ketika muda berubah menjadi kuning apabila masak. Buahnya berbentuk bujur dengan lima bucu pada permukaannya. Apabila dipotong secara keratan rentas potongan buahnya berbentuk bintang. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut , biji benih dan keratan batang.
kegunaan:

Buah yang mengandungi anti-oksida , natrium dan vitamin C ini boleh dipelbagaikan kegunaannya. Selain boleh dimakan begitu saja dengan rasanya yang manis bersari, ia juga boleh dijadikan jus, jem dan dimasukkan ke dalam campuran salad. Selain itu buahnnya juga dicampur ke dalam masakan , contohnya masakan udang masak santan di Thailand.
Dari sudut perubatan pula, campuran belimbing dan herba lain telah digunakan untuk merawat sakit kepala, loya dan muntah-muntah. Satu kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji telah mendapati belimbing mengandungi unsure “anti-depressant” dengan ciri yang sama seperti yang terdapat dalam ubat-ubat penenang. (Ref: http://www.e-mjm.org/1980/v34n3/averrhoa-carambola.pdf)

 

belimbing

 

Share this:
Posted on

Kunyit Hitam; Curcuma Caesia atau Kaempferia parviflora?

Beberapa hari yang lepas seseorang yang ingin mengkaji kunyit hitam menghubungi saya dan bertanya tentang kunyit hitam. Lebih 10 tahun yang lalu ketika saya mula meletakkan maklumat mengenai kunyit hitam sebagai pengetahuan am di website saya www.melur.com saya banyak dihubungi oleh pengamal perubatan bertanyakan pelbagai perkara dan memberikan pelbagai tip berkenaan dengan kunyit hitam. Seorang pemilik kunyit hitam menasihatkan saya agar tidak menjual kunyit hitam kerana ianya banyak digunakan dalam uparacara ghaib. Jadi saya tidak pernah menyimpan stok kunyit hitam. Pelbagai pendapat diutarakan diruangan komen artikel tersebut. Antara yang sempat saya capture. Perbincangan dengan pengkaji tersebut menimbulkan kekeliruan pada saya sendiri. Sebenarnya kekeliruan mula timbul apabila ibu saya menyemai kunyit hitam yang berlainan dari gambar yang saya ambil di salah sebuah ekspo pertanian.

Gambar kunyit hitam yang terdapat di website saya itu sebenarnya Kaempferia parviflora sedangkan artikel yang saya tulis itu mengenai Curcuma caesia. Dan kunyit hitam yang ibu saya semai itu adalah Curcuma caesia. Perbualan saya dengan pemilik Seri Subuh Agrofarm cik Nurul Ain mengesahkan kekeliruan saya. Curcuma caesia dikenali dengan nama kunyit hitam oleh masyarakat Malaysia. Ia dari spesis kunyit , curcuma, daunnya lebih kurang sebesar daun kunyit biasa dengan jalur ungu kehitaman di tengahnya. Rizomnya mempunyai isi berwarna putih dengan lingkaran ungu kehitaman. Ada juga yang memanggil kunyit hitam ini temu hitam, temu hitam atau temu ireng yang sebenarnya bukan curcuma caesia tetapi Curcuma aeringonosa. Isi rizom temu ireng berwarna putih dan akan berubah menjadi kekelabuan apabila dipotong.

Kaempferia parviflora, kunyit hitam Thailand, pula berada dalam spesis cekur. dengan daun yang kecil dan batang yang lembut dan rumpun yang kecil. Daunnya seakan-akan daun cekur . Keseluruhan isi rizomnya berwarna ungu kehitaman ( warna ungu kehitama yang sangat pekat)

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara Curcuma caesia dan Kaempferia parviflora.Jika di Malaysia selalunya kunyit hitam merujuk kepada Curcuma caesia dan kaempferia parviflora selalunya di kenali dengan nama kunyit hitam Thailand.

Artikel ini berdasarkan pengetahuan am saya. Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen atau pembetulan fakta.

kunyit_hitam_combined

Share this:
Posted on

Pokok Badang

Plant of the day…sapa kenal…

Pokok yang dikenali dengan nama vernakular pokok badang ini biasa tumbuh di kawasan terbuka tepi pantai. Jenis tanah yang menjadi tempat pertumbuhan pokok ini ialah tanah bris pasir. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pokok duri timbang tahil, pokok khet (Thai). Dari genus Catunaregam , keluarga rubiaceae, nama saintifik tumbuhan ini ialah Catunaregam tomentosa (Blume ex DC.) Tirveng. Biasa di rujuk dengan nama Catunaregam tomentosa.

 

badang_3 badang_4

Share this:
Posted on

Baja Organik

Baja organik untuk pokok tin( dan pokok2 lain juga)
Balik ke penang seminggu ni sempat mengintai balkoni jiran yang dah jadi ladang tin. 4 variasi yg ada di ‘ladang’ balkoni ni green jordan , red saudi, btm 6 dan iraqi. Sempat berkongsi rahsia pokok tin beliau sangat subur dan lebat buahnya.

Baja yang digunakan baja organik buatan sendiri hasil peraman:
1. Potongan kangkung
2. Buah nenas potong semua termasuk kulit kecik2
3. Buah labu manis
4. Pisang
5. Gula merah
6. Yakult
7. 1.5 liter air

Takde sukatan tapi nenas yg digunakan nenas kecil . Buah2 lain dan kangkung diimbangkan agar lebih kurang sama kuantiti dengan nenas. Gula merah sekilo, yakult sebotol. Gaul semuanya hingga sebati. Peram dalam bekas tertutup selama 30 hari. Tapis dan simpan dalam botol bertutup. Untuk kegunaan campur lebih kurang 20ml dengan 1.5 liter air . Spray pada bahagian atas dan bawah daun 3 hari sekali.

Share this:
Posted on

Cara semai biji benih buah tin kering

Terjumpa cara nak semai biji benih buah tin kering. Teringin jugak nak tanam tin pelbagai variasi ni tapi bila memikirkan harganya dan risiko silap penjagaan , surrender dulu. Tapi kalau boleh semai dari biji benih ni…apa salahnya kan… O risk. Selain dapat jugak makan buah tin tu buat buka puasa petang ni.

“Asingkan biji dari buah. Rendam air untuk memisahkan lebihan buah yang melekat.. Masukan dalam tapis teh/kopi cucurkan ke paip sambil pisahkan biji sehingga bersih dari buah yang melekat. Kemudian semai ditempat semai sambil pisahkan biji yang bertindih dengan hujung lidi. InsyaAllah akan bertunas selepas sebulan.”

Jom try ramai-ramai. Tokey-tokey tin jangan marah ye… yang disemai ni belum tentu berbuah lagi. Kalau nak yang confirm berbuah ramai tokey2 yang duk jual….lubangkan sikit je poket tu dapat la pelbagai variasi yang best-best.

Share this: