Category Archives: Artikel
Khasiat Daun Rerama
Di antara yang tumbuhan herba yang hebat diperkatakan sekarang ialah Pokok Daun Rerama atau pun nama saintifiknya mariposa christia vespertillonis. Tahukah anda keyword daun rerama sangat popular sehingga ianya direkodkan purata sebanyak 6600 carian sebulan di dalam Google sejak Jun 2015. Sebagai perbandingan keyword misai kucing hanya merekodkan 2400 carian dalam tempoh waktu yang sama. Ianya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kanser, SLE, leukemia dan malah terdapat sesetengah laman web mendakwa ianyanya mampu menyembuhkan kencing manis. Artikel ini bukan ditulis untuk menyangkal dakwaan-dakwaan itu tetapi sekadar perbincangan am untuk mengenal tumbuhan ini dengan lebih lanjut. Diakhir artikel ini saya akan sisipkan juga sedikit ulasan kajian sains yang pernah dijalankan ke atas tumbuhan ini.
Bagaimana anda boleh mengenalpasti tumbuhan daun rerama? Menurut laman web plants.usda.gov tumbuhan ini adalah dalam family Fabaceae ⁄ Leguminosae (kekacang). Ianyanya boleh mencapai ketinggian 60 – 120cm. Berasal dari Asia Tenggara ianya mudah tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Tetapi boleh juga tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari separa. Cuma warna daunnya akan menjadi lebih cantik dan terang jika mendapat cahaya matahari yang penuh. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang optimun. Penyiraman 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang diperlukan jika keadaan cuaca yang panas terik. Tanah yang diperlukan ialah tanah yang bersaliran baik. Campuran antara sekam dan sabut juga boleh digunakan sebagai medium pertumbuhannya.
Terdapat dalam pelbagai variasi yang dibezakan oleh warna daunnya. Antara pokok rerama yang boleh dijumpai ialah rerama merah, rerama hijau, rerama hijau berbelang merah, rerama merah berbelang hijau. Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan dua kaedah utama iaitu keratan batang dan semaian biji benih. Kaedah keratan batang lebih cepat menghasilkan anak pokok kerana pertumbuhan akarnya cepat. Semaian menggunakan biji benih memerlukan masa antara 4 hingga 8 minggu sebelum bercambah. Pastikan buka kulit bijinya hingga keluarkan biji benih yang sangat kecil sebelum disemai. Pokok ini juga boleh membiak sendiri. Selalunya jika pokok telah cukup matang dan mengeluarkan biji benihnya, biji benih yang jatuh ke persekitaran akan mengeluarkan anaknya. Jenis yang biasa dijumpai di Malaysia ialah jenis yang digunakan sebagai tumbuhan hiasan yang berwarna merah. Rerama hijau mula dibawa ke Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2013) kerana fungsinya sebagai ubatan alternatif.


Rerama Daun Hijau
Carian menggunakan keyword christia vespertillonis akan menghasilkan 176 jurnal yang kebanyakkannya berkaitan dengan kajian perubatan. Jurnal terbaru bertarikh 9 Jun 2016 oleh Gouri Kumar Dash dari Fakulti Sains Kesihatan & Farmasi bertajuk An Appraisal of Christia vespertilionis (L. F.) Bakh. F.: A Promising Medicinal Plant (Penilaian Terhadap christia vespertillonis: Tumbuhan Berubat Berpotensi). Penulis menghuraikan kegunaannya dalam perubatan tradisional serta kesan perencatan terhadap tumor. Satu lagi kajian tempatan oleh Hamidun et al bertajuk THE RED BUTTERFLY WING (CHRISTIA VESPERTILIONIS): A PROMISING CANCER CURE IN MALAYSIA (Rerama Merah: Ubat Kanser Yg Berpontensi di Malaysia).
Seorang sahabat kini sedang giat mengusahakan ladang daun rerama di Kubang Semang. Beliau bukan sahaja menghasilkan daun rerama kering bahkan juga menambah nilai dengan mengeluarkan teh daun rerama dalam sachet. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut kisah beliau dalam post yang akan datang. Gambar-gambar yang saya kongsikan disini diambil semasa saya melawat taman herbanya baru-baru ini.
Anda boleh mendapatkan daun rerama kering ataupun anak pokok rerama dari katalog melurdotcom.
[spacer height=”20px”]Katalog MelurDotCom
Kam membuat sedikit pembaharuan kepada katalog kami. Sebagai memenuhi banyak permintaan, kami telah memasukkan beberapa kategori baru ke dalam inventori. Di antaranya ialah lebih 100 jenis biji benih yang terbahagi kepada bunga-bungaan, herba juga sayuran. Setiap jenis bunga kami bahagikan lagi kepada beberapa varian. Sebagai contoh bunga matahari yg mana terdapat 9 jenis kesemuanya. Sunflower Giganteus adalah jenis bunga matahari yang boleh mencecah ketinggian 12 kaki manakala Sunflower Sunspot hanya 2 kaki.
Bagi koleksi biji benih Adenium kami ada menjual 11 jenis kesemuanya. Anda boleh melihat kesemuanya di melur.com shop. Ini hanya sebahagian dan peringkat permulaan sahaja daripada koleksi penuh kami. Kami merancang untuk menambah beberapa jenis lagi biji benih ke dalam katalog.
Termasuk juga dalam kategori baru ialah peralatan. Peralatan disini merujuk kepada peralatan berkebun ataupun pertanian. Sebagai contoh baja, media, mulch, pot serta yang paling menarik set hydroponic. Terdapat tiga jenis set hydroponic disini; iPlanters, Half frame dan juga Full frame. Sekiranya terdapat permintaan kami boleh bekerjasama dengan pengeluar untuk menganjurkan kursus penanaman hyroponik. Kaedah penanaman hydroponic adalah suatu kaedah yg terbukti boleh pengurangkan pencemaran bahan kimia dalam makanan sayuran. Ini ada kerana kita secara langsung boleh mengawal jenis baja yg digunakan.
Bagi catalog sedia ada iaitu anak-anak pokok, kami juga telah mengemaskini dan menambah lagi beberapa jenis pokok ke dalam senarai seperti anak pokok rerama hijau dan anak pokok kurma.
Kami amat berharap agar pertambahan kategori ini boleh memudahkan pelanggan untuk memilih melurdotcom sebagai one-stop e-nursery pilihan. Kami bercadang untuk menambah lagi produk-produk, jadi pastikan anda selalu menjenguk catalog meludotcom.
Daun Catnip, Kucing & Manusia
Daun Catnip, Kucing & Manusia
Apabila kucing menghidu daun catnip mereka akan melakukan beberapa pergerakkan yg agak pelik seperti: menggosok kepala dan badan mereka pada pokok, melompat, berguling-guling, mengeluarkan bunyi serta air liur. Keadaan ini boleh berlaku sehingga 10 minit sebelum hilang sepenuhnya selepas 30 minit. Antara 70 – 80 peratus daripada kucing akan mengalami keadaan ini.
Pokok catnip (Nepeta cataria) adalah daripada keluarga pudina dan mengandungi minyak mudah ruap (volatile oil), sterol, asid dan tannin. Berasal dari Eropah, Asia dan Afrika, tumbuhan itu telah dibawa ke Amerika Utara oleh peneroka. Kini tumbuhan inin amat popular dan boleh dijumpai di taman-taman herba dan tumbuh secara meluas sebagai rumpai. Catnip tidak menyebabgkan ketagihan ianya langsung tidak merbahaya kepada kucing.
Jadi, bagaimana catnip berfungsi? Nepetalactone, salah satu daripada minyak mudah ruap (volatile oil) catnip memasuki tisu hidung kucing, di mana ia dipercayai untuk mengikat kepada reseptor protein yang merangsang neuron deria. Sel-sel ini, seterusnya, mencetuskan tindak balas dalam neuron pencium dan ke beberapa kawasan otak termasuk amygdala dalam otak tengah yang menjadi pengantara tindak balas emosi terhadap rangsangan.
Amygdala mengintegrasikan aliran maklumat ke kawasan yang mengawal tindak balas tingkah laku.
Manusia tidak menunjukkan kesan yg serupa terhadap catnip. Otak manusia adalah fisiologi yang berbeza dari otak kucing. Walau bagaimana pun catnip masih mempunyai nilai perubatan alternatif. Orang asli Amerika menggunakan catnip untuk meredakan tangisan bayi disebabkan kolik. Ia juga bertindak sebagai sedatif ringan dalam beberapa teh herba. Pakar herba juga ada menggunakan catnip untuk mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekejangan, gas, masalah pencernaan, insomnia, gugup dan tiada selera makan, atau sebagai pes herba untuk mengurangkan bengkak yang berkaitan dengan arthritis dan kecederaan tisu lembut.
Daripada segi sains moden, terdapat kajian ke arah pengekstrakkan minyak (essential oil) untuk digunakan sebagai penghalau nyamuk (repellent).
Fakta-fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Catnip
- Walaupun kesan terhadap kucing adalah sama seperti kesan dadah kepada manusia ianya tidak mendatangkan bahaya atau ketagihan.
- Bukan semua kucing akan memberikan kesan terhadap catnip. Kajian menunjukkan diantara 50%-75% kucing akan bertindakbalas dengan catnip.
- Tindakbalas terhadap catnip agak berbeza untuk setiap kucing. Mungkin ada yang menjadi lebih agresif dan selebihnya mungking lebih tenang. Kalau anda ada beberapa ekor kucing, cuba eksperimen dengan setiap satu secara berasingan. Manalah tahu nanti boleh terjadi pergaduhan besar pula.
- Nepetalactone yang merupakan baan aktif di dalam catnip adalah sejenis penghalau serangga dan dikatakan 10 kali lebih kuat daripada DEET (bahan kimia biasa digunakan dalam penghalau nyamuk).
- Kucing Galak yang juga diketahui mempunyai kesan yang sama teradap kucing adalah daripada spesis Acalypha indica dan berbeza dari Catnip (Nepeta cataria).
Anda juga boleh dapatkan bij benih catnip di melur.com pada harga RM8 sahaja.
Links:
1. https://www.melur.com/product-category/catnip/
2. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0031942210003729
3. https://www.youtube.com/watch?v=J5Xrcp6k8VE
Wajah baru www.melur.com
Bismillahirahmanirahim,
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman web melur.com. Laman web ini masih dalam tempoh percubaan dan kami amat mengharapkan komen dari tuan-puan semua. Insya Allah sekiranya tiada masalah, laman web www.melur.com yang baru akan beroperasi sepenuhnya di https://www.melur.com
p/s: tuan – puan boleh tinggalkan komen diruang forum.
Terima kasih
Admin