Category Archives: Artikel
Pengusaha Rerama Hijau Di Bukit Mertajam
Sekitar bulan Mei 2016 yang baru lalu, saya dan isteri singgah sebentar melawat sahabat di Kubang Semang, Beliau adalah salah seorang sahabat dalam dunia perniagaan herba dan kami selalu mengikuti perkembanganya. Kami mengenali beliau sekitar 2003-04 dan ketika itu beliau aktif dalam egroup WargaKilang dan MyHerba. Encik Mohd Shukri juga adalah pengasas kepada Syarikat Ees Biotech yang kini beroperasi di Guar Perahu, Bukit Mertajam.
Kini Encik Shukri mengusahakan Guar Perahu Herbal Valley di Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kami berkesempatan melawat Herbal Valley dan melihat sendiri perkembangannya. Saya tak pasti berapa keluasan herbal valley beliau. Tapi yg pasti ada banyak tumbuhan herba yg diusahakan di situ. Antaranya rerama hijau, pokok tin, misai kucing dan banyak lagi. Encik Shukri juga mengeluarkan produk herbanya sendiri seperti teh misai kucing dan teh daun rerama. Anda juga boleh membeli ikan telapia merah & keli pada harga yang berpatutan.
Kami juga dibawa melihat satu lagi lokasi yg sedang dalam pembinaan. Lokasi ini terletak tak jauh dari herbal valley. Di sini Encik Shukri menumpukan kepada rerama daun hijau dan daun merah serta pokok tin. InsyAllah tempat ini akan menjadi tarikan menarik kepada peminat herba yg datang ke Pulau Pinang.
Encik Shukri boleh dihubungi di nombor hp +6019-5407859
Photo-photo Sekitar Herbal Valley
Peta Lokasi Guar Perahu Herbal Valley
Sorotan Literatur Mengenai Inai
Menurut kamus Bahasa Arab, al-Hinna’ bermaksud sejenis tumbuhan yang ma’aruf (dikenali ramai). Pokok inai mempunyai daun seakan-akan daun delima. Ia mengeluarkan bunga putih seperti pokok anggur dan daripada daunnya boleh mengeluarkan warna merah sebagai pewarna (khidab).
Memfokuskan manfaat inai, ia mempunyai warna terang (merah cerah api), digemari, membangkitkan daya cinta kasih dan berbau wangi. Inai berguna untuk menyembuhkan luka-luka pada mulut atau bengkak-bengkak. Air daunnya berguna untuk memulihkan bahagian anggota yang melecur11 atau terkena kulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerah dan memperelokkan rambut serta menguatkan kuku.
Berdasarkan penelitian, terdapat banyak hadith tentang inai memfokuskan manfaatnya sebagai pewarna rambut, menyembuhkan luka dan sakit kepala. Dalam satu hadith mengenai inai; Terjemahan: Dari Abu Dhar RA, dari Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang terbaik untuk mengubah (mewarnakan) uban dengannya ialah inai dan katam (sejenis dengan inai).”
Berkenaan al-Katam, al-Fayyumi mengatakan bahawa dalam kitab al- Lisan dan kitab-kitab perubatan, al-Katam ( ) merupakan satu jenis tanaman gunung yang terdapat di daerah Yaman. Ia mengeluarkan warna hitam kemerahan. Disebutkan di dalam kitab „Awn al-Ma‟bud, mewarnakan rambut dan janggut dengan gabungan kedua-duanya (inai dan katam) akan mengeluarkan warna di antara hitam dan merah. Inilah yang menjadi amalan Abu Bakar RA yang sering melakukan khidab dengan gabungan inai dan katam sepertimana hadith;
Terjemahan: Dari Thabit berkata: Anas Ibn Malik telah ditanya adakah Rasullullah SAW mewarnakan rambutnya (melakukan khidab)? Dia menjawab: “Sekiranya saya mahu mengira jumlah uban yang berada di rambut Nabi SAW, sudah tentu aku boleh lakukan. Dia berkata lagi: Rasullullah SAW tidak mewarnakannya. (Manakala) Abu Bakar pernah berkhidab dengan inai dan katam dan ‘Umar dengan inai sahaja (secara berasingan).” Istilah “khidab” dalam hadith di atas membawa maksud mengubah (mewarnakan) rambut yang ada di atas kepala dan janggut. Merujuk definisi al- Khidab di dalam al-Qamus dan al-Fath, ia memberi maksud yang sama iaitu mengubah uban yang terdapat di kepala dan janggut.
Dalam mengulas bab keizinan mengamalkan al-Khidab, al-Fayyumi mengatakan salah satu cara untuk khidab ialah dengan inai (hinna‟) dan seumpamanya. Ibn Manzur pula menyatakan khidab ialah mengubah (mewarnakan) dengan menggunakan inai, katam (tumbuhan sejenis dengan inai) dan seumpama. Apabila melakukan khidab, warna (pada anggota badan) akan berubah kepada kemerahan, kuning atau seumpamanya. Setiap warna anggota yang berubah dipanggil makhdub. Al- Sahili menyebutkan „Abd al-Mutalib merupakan orang pertama yang berkhidab dengan warna hitam dari kalangan masyarakat Arab.
Dalam hadith yang lain; Terjemahan: Dari „Ali Ibn „Ubaydillah, dari datuknya, Salmi yang pernah melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasullullah SAW luka atau tertusuk duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut. Terjemahan: Telah diceritakan kepada kami Fa‟id hamba „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari tuannya, „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari datuknya Salmi, khadam Rasullullah SAW katanya: “Jika ada seseorang mengeluh kepada Rasullullah SAW akan sakit kepala yang menimpanya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu, “Berbekamlah! Dan jika ada orang yang mengeluh kepada Baginda SAW tentang sakit pada kedua belah kakinya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu. Balutlah dengan inai.”
Berdasarkan pandangan ulama‟, penggunaan inai oleh Nabi SAW untuk diletakkan di atas luka adalah bermanfaat kerana inai bersifat sejuk (bertindak sebagai agen penyejuk) yang membantu melegakan sakit. Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, luka terbakar dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian menumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu, disebutkan juga oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya bahawa Ibn Majah meriwayatkan dalam sunan-Nya sebuah hadith: “Ketika Nabi SAW menderita sakit kepala, beliau membungkus kepalanya dengan inai dan berkata: “Ini akan menyembuhkan sakit kepala dengan izin Allah SWT”. Rawatan dengan inai yang disebutkan dalam hadith tadi merupakan salah satu cara rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang disebabkan oleh hawa panas yang menyengat, maka inai boleh membantu meredakannya. Caranya adalah dengan ditumbuk halus lalu dicampur dengan cuka dan dilekatkan di dahi. Dengan cara ini, sakit kepala akan sembuh.
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah menderita masalah kuku jarinya yang pecah-pecah. Dia pun menawarkan hadiah wang kepada sesiapa sahaja yang dapat mengubati penyakitnya. Akan tetapi, tiada yang berjaya menyembuhkannya. Seorang wanita lalu memberinya preskripsi agar meminum air rebusan inai selama 10 hari, akan tetapi lelaki tersebut tidak berani melakukannya. Setelah puas berikhtiar dan tidak berjaya, lelaki itu pun mengamalkan petua wanita tersebut. Setelah itu, jarinya mulai sembuh. Di samping itu, inai juga boleh menenangkan saraf jika digunakan sebagai pembalut. Inai tidak hanya berguna bagi sakit kepala sahaja bahkan praktikal untuk mengubati beberapa organ tubuh, bengkak dan radang yang muncul di permukaan kulit dengan cara dibalut dengan inai dan cuka. Radang selaput mukosa pada mulut kanak-kanak juga merupakan salah satu penyakit yang boleh disembuhkan dengan inai. Selain itu, inai boleh dijadikan krim untuk menghalus dan menguatkan jari. Inai membantu mengubati kudis kronik, menyubur dan menguatkan rambut. Inai juga boleh mengubati lepuh dan bisul pada kaki atau bahagian tubuh lain. Dalam Islam, harus berubat dengan inai bagi sesiapa yang mempunyai luka, bisul, terkena duri dan seumpama. Aplikasi hadith tersebut turut meliputi kaedah perubatan bagi lelaki dan perempuan. Kaum lelaki perlu berpada dalam berkhidab (mewarnakan) tapak tangan atau kaki yang sakit supaya tidak berlebihan sehingga menyerupai kaum perempuan.
Berdasarkan perbincangan inai menurut perspektif hadith dan perubatan Islam di atas, jelas memberikan gambaran awal mengenai manfaat-manfaat inai. Namun begitu, realiti yang terjadi di Malaysia jelas kontra dengan ketinggian darjat yang dimiliki oleh inai. Inai dianggap sebagai tumbuhan yang tidak berharga disebabkan tidak bernilai komersial.
Petikan dari : PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK Oleh: Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Smallpox, Chicken Pox, Cowpox, Measles & German Measles
Oleh Rosita Mohd Hussain
(Koleksi artikel Myherba egroup)
Small pox ialah penyakit berkaitan virus yg pertama di dunia berjaya dihapuskan (?). Pengidap terakhir dikalangan rakyat awam ialah pada 1977 oleh seorg kanak Afrika. Beliau selamat (tidak seperti kebanyakan pengidap yg biasanya maut apabila terkena penyakit ini), dan kali terakhir saya melihat gambarnya ialah tahun lepas. Kesian betul tengok parut yg terdapat dimukanya. Teruk betul.
Jadi namanya tidak menggambarkan teruknya penyakit ini berbanding chicken pox. Penyakit smallpox inilah yg telah membunuh ramai manusia di Eropah sehingga Sir Edward Jenner berjaya menghasilkan vaksin dari virus penyakit cow pox. Sejak itu kematian dapat dikurangkan sehingga lah penyakit ini dapat dihapuskan terus.
Chicken pox biasa (cengkering) dihidapi dan kalau sekali terkena dah dapat pelalian seumur hidup secara aktif. Ada juga yg memilih utk mendapat pelalian secara buatan. Ianya macam bisul kecil berisi air jernih yg akan menanah setelah dijangkiti bakteria yg biasa hidup dipermukaan kulit manusia. Kalau tak dijaga dgn baik akan menyebabkan parut yg tak kurang hodohnya.
Boleh juga minum air kelapa muda utk percepatkan keluar campak ini.Guna air yg direndam daun bambu utk mandi selepas campak ini keluar sepenuhnya. Ambil daun bambu yg direndam dan gosok perlahan-lahan pd kulit. Letakkan juga daun ini pada cadar tempat tidur. Dapat mengurangkan rasa gatal. Daun digiling lumat-lumat dan disapu keseluruh badan bersama bedak sejuk. Petua ini nenek saya guna semasa rawat kami adik-beradik kena campak (masa tu umur 3-5 thn). Tak seorg pun dari kami yg ada bekas campak ini hasil dari rawatan nenek saya ini. Nasihat saya kalau ada masih tak kena chicken pox eloklah lekas2 ambil pelalian kerana semakin tua usia kena penyakit ini semakin besar kemungkinan utk parut jadi kekal dan hitam pula. Chicken pox mungkin juga dituruti dengan kayap bagi sesetengah kanak2.
Measles (rubeola) ialah campak yg semacam ruam diseluruh badan sehingga ke dalam mata dan lidah. Ia boleh berlaku berulang kali kerana pelalian terhadap penyakit ini bukan pelalian aktif. German measles (rubela) pula lebih ‘mild’ dan ruamnya kadang2 pada abdomen sahaja. Tapi pada wanita mengandung German measles lebih merbahaya kerana virus ini boleh menyeberangi plasenta masuk ke janin lalu membunuhnya atau menyebabkan kecacatan. pelalian yg diberikan pd pelajar perempuan berumur 12 tahun itu ialah utk German Measles dan ini pelalian aktif seumur hidup. Maknanya kalau dah kena sekali, macam chicken pox juga takkan kena dah, Insya Allah.
Rosita
Jangan Melewatkan Pembuangan Air Kecil
Saya nak kongsikan satu email dari ahli Myherba egroup berkaitan proses pembuangan air kencing dan kesan buruk jika seringkali melewatkannya. Penjelasan yang diberikan ringkas tapi padat dengan maklumat.
________________________
Cik Cinta kasih,
Apa yang saudara mengalami ialah Cystitis. Biasanya akibat melewati pergi kencing. Again a common problem amongst the fairer sex.
Yang penting bukan ubat. Yang pentingnya process pembuangan air mestilah mengikut signal badan Actually we can schedule this by teaching our bladder to open at specific time. Bila kita melewatkan pembuangan air kita hanya menyimpan kekotoran yang perlu dibuang itu dan ini akan menyebabkan kuman merebak. Satu lagi yang berlaku ialah congestion kepada pundi kencing serta saluran urethra. Ini akan menyebabkan rasa sakit bila hendak kencing, stangury (atau rasa hendak kencing sangat-sangat), kencing kerap dan sikit-sikit dan jika melarat lagi akan mendapat terminal haematuria (atau kencing berdarah diakhir kencing). Tekanan yang meningkat didalam pundi kencing akan disebarkan kepada buah pinggang dan membuka saluran untuk kuman merebak ke buah pinggang. All this because we do not have the time to go and ease ourselves when we need to.
Bila mengidap cystitis the easiest and cheapest solution is to drink plenty of water and to go to the toilet as often as possible to flush out the bladder. Take anything that would alkalanize your urine eg. ENO. (yang doktor selalu bagi ialah Potassium citrate – air masam tu). ENO works the same way. Dua kali sehari sudah cukup. Atau pun minum lime juice, orange juice, pineapple juice. All these will help alkalanize your urine and ease the pain and inflammation. Kalau tidak berjaya baru jumpa doctor untuk mendapatkan antibiotics to fight off the overwhelming infection.
Tak perlu makan sebarang tumbuhan. I have to admit I do use some of the plants that fellow members suggested but not for simple cystitis. Kecibeling or Stobilanthes crispis is good for Kidney stones and I use them for my patients with this disease. But please be advised that you have to be properly diagnosed as having it and also does not have compromised kidneys. Stobilanthes crispus and Misai Kucing has very high content of Potassium which can be dangerous for patients with renal failure.
Kita harus berhati-hati bila memberi nasihat. Jika kita tak tahu menahu the intricacies of treatment it can be dangerous for our friends. I have had many people listening to advice from friend and end up with many complications that doctors find puzzling to treat. Please note that not many doctors have any idea about plants and their effects. Jadi kalau jadi complication tiada siapa yang boleh tolong. Kawan yang memberi nasihat atau kesyoran are equally ignorant dan selalunya berdiam diri saja.
Dr. Abdul Ghani Hussain MBChB., CTM
Simpang 4, Padang Lalang, Mk. Ayer Hangat
07000 Langkawi, Kedah
Malaysia
Kisah Bawang
Oleh Marlisa Shahrul
(Koleksi artikel Myherba egroup)
Salam buat semua,
Samada sedar atau tidak tumbuhan sayuran bawang putih disebut ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 61.
Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang. Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. Berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.
Bawang Besar
Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga
jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang
kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belum dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia.
Bawang Putih
Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang
primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.
Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan
kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung. Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang
diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos
taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan.
Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama. Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih
daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama.
Terima kasih,
~Marlisa
Pakawali Tumbuhan Berkhasiat
Sumber: Mingguan Malaysia: 5/8/01
Oleh: Muhammad Benjamin Drewe
Tabiat menggemari makanan manis telah menyumbang kepada peningkatan kadar kejadian masalah berkaitan gula seperti diabetes, kegemukan dan banyak lagi masalah metabolisme dan hormon lain. Justeru, dalam kehidupan serba moden ini, mungkin ada benarnya nasihat lama
mengatakan sesetengah makanan dan tumbuhan pahit itu baik untuk kesihatan. Tanpanya, sistem pencernaan dan hormon badan kita menjadi tidak kesimbang.
Jadi tidaklah begitu memeranjatkan bahawa hutan hujan tropika ditumbuhi banyak jenis pokok pahit, yang menjadi sebahagian makanan utama kaum Orang Asli. Sememangnya, dalam kebanyakan sistem perubatan herba di serata dunia, pokok pahit di anggap sebagai pengimbang
pemakanan yang menyejukkan tubuh dan penawar bisa dan toksik.
Dalam kaedah perubatan herba Barat, bahan herba pahit dianggap sebagai memainkan peranan utama dalam perubatan pencegahan. Umumnya, bahan herba pahit berfungsi dengan menambah selera, merangsang enzim pencernaan dan perembesan hempedu saripada hati, serta meningkatkan penghasilan insulin.
PAKAWALI atau Tinospora cordifolia merupakan sejenis pokok tropika yang terkenal dengan rasa pahitnya dan tumbuh menjalar.Ia mudah dikenali daripada daunnya yang berbentuk jantung dan batangnya yang berduri. Sebagai sejenis tumbuhan yang tahan lasak, tumbuhan ini
banyak ditemui di kampung-kampung dan taman-taman. Malah, pokok ini akan menakhluk pagar anda jika dibiarkan begitu saja! Banyak jenis bahan kimia menarik telah didapati pada pokok ini dan ia telah menjadi bahan kajian.
Ayurveda dan jamu
Pakawali digunakan dengan meluas dalam keadaan perubatan ayurveda, iaitu dalam sediaan herba untuk melawan jangkitan dan radang. Ia juga digunakan dalam rumusan tonik penambah tenaga dan pengubat lemah syahwat lelaki. Dalam jamu Indonesia, ia digunakan dengan meluas
dalam pelbagai tonik dan untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Pelindung hati
Penyelidikan saintifik di India tlelah menunjukkan bahawa pakawali meningkatkan fungsi enzim hati, melindungi sel daripada aktiviti radikal bebas dan berkesan dalam rawatan penyakit hati kronik dan juandis (penyakit kuning)
Meningkatkan sistem imun
Sesetengah ujian menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan terhadap peningkatan sistem imun dengan meningkatkan aras antipengoksida. Dalam satu ujian yang membandingkan pakawali dengan antibiotik melibatkan jangkitan E. Coli pada mencit, haiwan yang dirawat dengan
pakawali menunjukkan tahap penyembuhan yang lebih baik, bukan kerana sifat antibakteria pada pakawali tetapi peningkatan imun pada haiwan ujian.
Pakawali juga telah diuji untuk menilai kemampuannya memperbaiki tindakbalas terhadap takanan pada haiwan apabila terkena rangsangan memudarat. Keputusannya sama dengan ginseng dan herba tempatan kita tongkat ali ia meningkatkan ketahanan terhadap tekanan dan mengurangkan keresahan.
Para penyelidik di India yang mengkaji kesan penawar ulser (borok) pakawali apabila digabungkan dengan pegaga (Centella asiatica), mendapati tindakan pelindung terhadap ulser (keborokan).
Diabetes
Di kampung-kampung di serata Asia, pokok menjalar ini direbus setiap hari secara berasingan ataupun dicampur dengan herba lain dan airnya diminum sebagai penawar tradisional untuk diabetes.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Dr. Hamdan Noor dan rakan-rakannya dari Jabatan Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), berhubung pakawali dan kesannya terhadap kandungan gula dalam darah mendapati, dengan kawalan makanan pakawali amat berkesan sebagai penawar
diabetes pada peringkat awal. Bagaimanapun, ia tidak harus digunakan ketika menerima insulin kerana ia boleh memporak-perandakan keseimbangan gula.
Dalam hal pokok pahit, ada baiknya kita turut memasukkan herba pokok pahit ke dalam makanan harian keluarga kita. Seperti kata pepatah, yang pahit itu manis akhirnya, manakala yang manis itu pahit akhirnya.
Tumbuhan Tempatan Dan Nilai Ubatannya
TUMBUHAN TEMPATAN DAN NILAI UBATANNYA
(Koleksi artikel Myherba egroup)
Oleh : NOR ROHANI MAT SALLEH
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/n_rohani.html
Negara Malaysia memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai alam flora. Flora yang tumbuh segar di hutan tropika kita selama berabad-abad lamanya itu menyimpan bertimbun rahsia perubatan. Malaysia memiliki tidak kurang dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-unsur perubatan. Setiap pepohon berpotensi bermanfaat bagi kepentingan manusia. Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum. Kini, tumbuhan ubat-ubatan telah memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden bagi pengubatan pelbagai penyakit dari demam siput (snail fever) hi ngga ke AIDS.
Antara tumbuhan yang memang diketahui khasiatnya ialah pokok Patawali atau juga dikenali sebagai akar seruntun di sesetengah tempat Nama sainsnya Tinospora Crispa Miers dan berasal dari keluarga Menispermaceae. Patawali mudah dikenali melalui batangnya yang berkerutu, daunnya yang lebar dan hidup menjalar di atas pagar. Rasanya pahit bukan kepalang tetapi nilai khasiatnya amatlah tinggi dari segi perubatan. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
Daun Lemuning, yang dikenali sebagai Vitex Negundo Linn dari segi saintifik dan berasal dari keluarga Verbenaceae, adalah sejenis pokok yang terkenal mempunyai khasiat untuk wanita selepas bersalin. Wajah pucat dan sakit-sakit di bahagian ari-ari adalah diantara masalah-masalah yang sering dialami oleh kaum wanita selepas bersalin. Air rebusan daun lemuning merupakan satu kaedah berkesan untuk membantu menyerikan wajah muka, sekali gus memulihkan kecantikan. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak.
Mengkudu pula adalah sejenis tumbuhan yang biasanya tumbuh liar dikawasan hutan, belukar atau tanah terbiar. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu, iaitu Morinda Citrifolia Linn, Morinda Elliptica Ridl dan Morinda Umbellata Linn. Ketiga-tiga jenis mengkudu ini berasal dari keluarga Rubiaceae dan mempunyai nilai dan kegunaannya yang tersendiri dari segi perubatan. Morinda Citrifolia Linn, buahnya boleh dimakan apabila masak untuk membersihkan darah serta mengawal penyakit kencing manis. Buah ini juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya pula dilayur dan didemah pada dada dan perut untuk mengubati demam dan sakit di dalam perut. Morinda Elliptica Ridl yang mempunyai daun yang kecil dan tirus serta buahnya kecil berbanding dengan jenis yang lain.
Pucuk mengkudu ini enak dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala, terutamanya semasa demam dan gastrik, serta ia merupakan cara tradisional yang digunakan oleh orang-orang kampung untuk merawat demam malaria. Buasir sejenis penyakit yang amat menyakitkan. Daun mengkudu Morinda Elliptica Ridl merupakan satu cara berkesan dalam bidang tradisional untuk mengubatinya. Morinda Umbellata Linn pula digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit. Akarnya direbus dan disapu pada kulit manakala daunnya direbus untuk diminum sebagai ubat cacing.
Satu lagi jenis tumbuhan tempatan yang amat berguna dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan, terutamanya bahagian daun dan akarnya. Kaduk atau nama sainsnya piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga piperaceae adalah sejenis tumbuhan tempatan yang mudah ditemui. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
Daun kari merupakan ramuan penting untuk pelbagai masakan tempatan, apatah lagi kari. Tumbuhan renek ini yang berasal daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
Jangkitan di bahagian perut atau usus mendedahkan seseorang itu kepada ulser- luka di bahagian kulit atau membran bermukus. Tabiat merokok serta pengambilan alkohol dan ubat aspirin yang berlebihan menjadi punca penyakit itu, selain pedas. Pendarahan yang berlebihan boleh membawa kepada kekurangan darah dan penyakit tekanan darah rendah. Jus aloe vera merupakan rawatan paling mujarab untuk mengubati ulser. Amalkan setiap kali sebelum makan dan sebelum tidur. Jadam ialah getah beku dari aloe vera. Masyarakat timur telah lama menggunakan jadam sebagai penawar busung. Selain daripada itu juga jadam mempunyai banyak kegunaan lain dalam ubatan tradisional dan kosmetik asli.
Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperraceae. Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas. Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal.
Tumbuhan yang dikenali sebagai Tongkat Ali sememangnya amat terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai tonik seks. Nama sainsnya ialah Eurycoma longfolia, bukan sahaja berfungsi sabagai penguat tenaga batin lelaki, tetapi dalam perubatan tradisional tongkat Ali lebih luas digunakan sebagai ubat malaria dan darah tinggi. Selain itu, tongkat Ali juga digunakan sebagai ubat dropsi,iaitu penyakit yang menghasilkan penakungan air dalam tisu dan bahagian badan yang terbabit menjadi kembung air atau dipanggil edema (busung).
Jika Tongkat Ali berguna untuk merawat masalah lelaki, maka pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia Pumila pula digunakan untuk merawat sakit puan. Bahagian akar sering digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung perut.
Senduduk sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Berasal dari keluarga Melastomaceae, tumbuhan ini yang dikenali sebagai keduduk atau akar keduduk hitam, bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daun senduduk, yang kasar dibahagian bawah, merupakan penawar bagi wanita-wanita yang mengalami masalah akibat penyakit keputihan. Air rebusan daun senduduk juga berkesan untuk meredakan cirit-birit. Salah satu cara tradisional untuk menghilangkan parut-parut itu ialah dengan menggunakan daun dan akar senduduk. Kaedah itu juga berkesan untuk mengubati buasir. Satu lagi kegunaan senduduk, yang dikenali sebagai Melastoma Malabathricum Linn dari segi saintifik, ialah untuk melegakan sakit gigi. Akarnya direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan akar senduduk juga mujarab untuk dibuat mandi bagi melembutkan kaki serta membuang angin, sekali gus menyegarkan badan.
Pokok inai merupakan sejenis tumbuhan renek dari spesies lawsonia terma sekeluarga dengan lythraceae. Ia merupakan bahan penting dalam perubatan untuk meredakan demam, sakit kepala, gigitan serangga berbisa, sengal-sengal sendi dan juga penyakit kulit dan amat mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah badan berbau. Kulit pokok, daun dan buah inai juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.
Bunga tahi ayam sejenis tanaman yang biasanya tumbuh liar di tepi jalan atau di kawasan tanah terbiar. Berasal dari keluarga Verbenaceae, bunga tahi ayam yang dikenali sebagai Lantana Camara Linn, dari segi saintifiknya, berkesan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit sengal tulang. Air ramasan daunnya juga mujarab untuk meredakan demam terutamanya dikalangan kanak-kanak. Satu lagi kegunaannya yang juga dikenali sebagai bunga asam senyur disesetengah tempat, ialah untuk mengubati luka atau ulser. Kaedah yang sama juga turut digunakan untuk meredakan bengkak di mana-mana bahagian tubuh badan.
Kemunting Cina atau Tapak Dara adalah berkerabat dengan pohon Madagaskar periwinkle (catharantus roseus G Don). Pokok ini banyak terdapat di kawasan tropika. Hidup segar dan liar di daerah pantai. Terdapat dua jenis iaitu yang berbunga merah jambu dan berwarna putih. Madagaskar periwinkle mempunyai zat (vinblastin dan vinkristin) yang sudah dibuktikan boleh mengubati penyakit Hodgkin dan leukimia.
Mungkin ramai di antara kita tidak pernah mendengar nama ubi gadong. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti ubi nasi, tuba ubi, ubi cerok, ubi merah, ubi kendudok, dan ubi kipas. Nama saintifik, iaitu Dioscorea sp. Terdapat 19 spesies termasuk Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata. Setiap spesies berbeza dari aspek fizikal dan kimia diantara satu sama lain. Dioscorea hispida mempunyai ubi yang berwarna kuning, ubi Dioscorea piscatorum berwarna kemerahan, dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan. Apa yang aneh mengenai ubi ini ialah ubinya beracun. Ubi ini dijadikan sebagai racun ikan atau tuba ikan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun, dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air. Ubi ini kaya dengan bahan yang disebut steroid. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormon. Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan platlet di dalam darah. Secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis. Steroid juga boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan kortison.
KESIMPULAN
Bagi negara kita, pihak kerajaan harus mempersiapkan infrastruktur industri farmaseutikal agar kita sendiri berupaya mengeksploitasi sumber-sumber hutan tropika kita. Bidang berkaitan seperti farmakognosi, farmakologi, teknologi farmaseutikal, fitokimia, bioteknologi dan farmakokimia harus sama-sama dibina. Jika tidak besar kemungkinan orang asing akan melakukan penyelidikan ke atas tumbuhan tempatan di hutan tropika kita seperti yang berlaku di beberapa negara lain.
RUJUKAN
Ramli Abd. Samad. 1996. Industri Farmaseutikal Untuk Mengeksploit Sumber Hutan. Dewan Kosmik, Disember: 6-8.
Mastika. 1997. Tips Kesihatan. Mac:20-23
Mastika. 1996. Tips Kesihatan. September: 16-17
Mastika . 1999. Tips kesihatan. Februari : 70-75
Mustafa Ali Mohd. 1993. Ubi Gadong : Ubi Beracun yang Berubat. Dewan Kosmik, April: 30-31.
Dr. Ong Hean Chooi. 1998. Tumbuhan Semulajadi Mampu Rawat Jantung. Dewan Kosmik, Julai: 18-21.
Tumbuhan Di Dalam Amalan Berpantang
TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN
(Koleksi artikel Myherba Egroup)
OLEH : NOR ASIAH BT AMRAN
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/n_asiah.html
PENDAHULUAN
Di dalam masyarakat melayu, amalan berpantang amatlah penting untuk menjaga ibu-ibu yang baru bersalin. Orang-orang tua lebih mengutamakan perubatan secara tradisional iaitu menggunakan tumbuhan-tumbuhan sebagai bahan yang utama di dalam segala jenis penyakit. Mereka percaya dan telah menjadi turun temurun sejak dahulu kala lagi dan cara perubatan tradisional ini akan terus kekal sekiranya ada pihak yang mahu mempelajari dan mengajarkan kepada golongan yang bakal menggantikan mereka. Oleh itu, di dalam tugasan ini saya akan memberi beberapa panduan dan kegunaan tumbuhan perubatan tradisional di dalam amalan berpantang bagi ibu-ibu yang baru bersalin, khususnya masyarakat melayu. Di samping itu juga saya ada menerangkan beberapa jenis tumbuhan lain yang sering digunakan untuk mengubati jenis penyakit selain dari amalan berpantang ini iaitu di dalam tips untuk kesihatan.
1. Daun Mewangikan Badan
Daun, kulit kayu dan akar kayu merupakan ramuan penting di dalam perubatan tradisional. Jika di kampung banyak daun kayu, pucuk muda yang digunakan oleh ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi sewaktu ibu yang di dalam berpantang. Ia juga memberi khasiat kepada badan serta melancarkan perjalanan darah, menghilangkan gatal atau ruam, membersihkan kulit serta menyegarkan badan. Mandian ini elok dilakukan selepas berurut.
Sekiranya masih ada orang tua dalam keluarga yang mengetahui nama dan jenis daun yang digunakan, anak-anak muda, remaja yang bakal menghadapi alam berumahtangga seharusnya membuat catatan ringkas agar ilmu ini tidak lenyap begitu sahaja. Antara daun yang boleh digunakan ialah daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan wangi, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai daun mengkudu dan sedikit rempah halba.
Cara menyediakannya adalah dengan mengambil semua jenis daun anggaran secekak, basuh sebersih-bersihnya dan dimasukkan ke dalam periuk yang telah diisi dengan air dan direbus sehingga mendidih. Kemudian dimasukkan kedalam besen besar dan dicampur dengan air sejuk untuk dibuat mandi. Daun-daun yang telah direbus tadi juga boleh digunakan sebagai penggosok ke seluruh badan untuk mendapatkan bau dan kesegaran dari daun tersebut. Ketika mandi, cedok air sahaja kerana daun-daun ini masih boleh digunakan untuk mandi pada sebelah petang setelah direbus semula.
2. Jadam Mengecut Perut
Di samping daun-daun ubatan tradisional digunakan untuk mandi, jadam juga mempunyai ciri perubatan tradisional yang begitu penting untuk ibu-ibu yang baru bersalin iaitu untuk mengecutkan perut. Ada pelbagai ramuan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. Antara ramuannya adalah seperti kapur, limau atau segenggam jadam, halia sebesar ibu jari, sebuku kunyit, tiga ulas bawang putih, asam jawa, dan air kosong. Bahan-bahan ini ditumbuk dan di masakkan ke atas api sehingga mendidih. Apabila kehangatannya suam-suam kuku, ibu yang bersalin bolehlah menyapu ke perut yang hendak dibarut. Cara ini amat berkesan dan telah di amalkan sejak dahulu lagi turun temurun.
3. Menghasilkan Minyak Urut Yang Sesuai
Urut adalah amalan penting dalam pantang. Urut turut memperkemaskan bahagian perut kerana segala jenis penyakit berpunca dari situ. Urut hendaklah menggunakan minyak. Minyak urut boleh dibuat sendiri dari ramuan-ramuan tradisional yang masih digunakan pada masa kini iaitu minyak kelapa yang dibuat sendiri, 3 sudu halba, sebuku halia, sebuku kunyit, 3 ulas bawang putih dan 5 biji bawang merah. Kesemua bahan ini mestilah ditumbuk dan dimasak bersama minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
4. Ramuan Untuk Bertangas
Bertangas penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan dengan kadar yang segera. Apabila bertangas, bahagian luka tersebut akan cepat kering, mengecut dan lebih sembuh seperti sediakala. Ramuannya, 9 keping asam gelugor, 2 sudu garam jantan, 3 helai daun sirih, segenggam inai, sebuku halia dan 3 biji manjakani.
5. Air Minuman Jamu Dan Ubat Periuk
Untuk menghasilkan ubat periuk yang lebih berkesan untuk ibu yang baru bersalin, orang-orang tua memberitahu bahawa kulit kayu setampuk, kulit dua setampuk, kulit tanjung, akar serapit kecil, akar serapat besar, akar tongkat ali (Eurycoma longifolia), dan akar kacip Fatimah merupakan khazanah tumbuhan hutan yang berperanan besar di dalam menghasilkan ubat periuk dan bagi lelaki dan perempuan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan.
Setelah menyediakan ubat periuk tersebut, campurkan sedikit serbuk kunyit, halia, 1/2 sudu lada hitam, 5 biji manjakani dan 2 batang serai. Rasanya memanglah agak pahit dan pedas sedikit, tetapi ianya amat berkesan untuk mengecutkan rahim dan menyembuhkannya.
JENIS MAKANAN YANG BENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK DI MAKAN
Peranan tumbuhan ubatan amatlah begitu penting bagi masyarakat khususnya masyarakat melayu. Untuk mengikuti amalan berpantang ini, para ibu haruslah memakan makanan yang boleh memanaskan badan seperti halia, lada hitam, jamu dan air akar kayu. Daun pegaga elok dimakan agar awet muda dan sebagai perawatan dalaman, supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendur. Ia boleh dijadikan ulam atau direbus dan diminum airnya.
Di samping itu, ada juga tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai (Citrullus lanatus), jambu batu(Psidium guajava), dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. Untuk mengelakkan bentan, para ibu digalakkan mencium jintan hitam yang telah dibunjut dan diikat. Selain itu juga jintan hitam mempunyai peranan yang lain yang sering digunakan sebagai ubat.
Jintan Hitam Pulihkan Kesihatan Ibu Bersalin
Jintan hitam mujarab memulihkan kesihatan khususnya untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak. Nigella sativa linn nama saintifiknya, jintan hitam yang berasal dari famili Ranunculaceae perlu ditumbuk kemudian direbus dan airnya diminum untuk membuang angin. Ia juga menghilangkan rasa loya, lenguh-lenguh badan dan sakit kepala, menurunkan suhu ketika demam serta menyembuhkan luka-luka, termasuk di bahagian usus. Kaedah yang sama berkesan untuk melegakan batuk-batuk dan mengubati batu karang dan kencing manis. Ia juga bertindak melegakan batuk-batuk dan mengubati batu karang dan kencing manis. Ia juga bertindak sebagai penawar racun atau bisa.
Selain itu, jintan hitam menghindarkan perut kembung bukan sahaja untuk orang-orang dewasa tetapi juga untuk bayi. Untuk orang dewasa, ambil tiga sudu cawan jintan hitam itu lalu ditumbuk halus. Campurkan dengan sedikit pasir sungai kemudian dipanaskan seketika sebelum dibungkus dengan kain dan dituam ke bahagian perut. Bungkusan jintan hitam dan pasir sungai itu juga boleh dituam ke bahagian-bahagian lain untuk mengubati sengal-sengal tulang kecederaan di bahagian hidung dan sakit kepala.
Untuk bayi pula, ambil satu sudu teh jintan hitam dan tumbuk halus kemudian bungkus dengan kain yang dibentuk empat segi sebelum dijahit kemas-kemas. Bungkusan jintan hitam itu akhirnya diletakkan di atas pusat bayi sebelum dibalut dengan barut bayi. Kaedah yang sama turut mengecutkan pusat bayi, sekaligus mengelakkan pusat daripada membonjol. Untuk penyakit resdung pula, jintan hitam ditumbuk kemudian dibungkus dengan kain lalu disedut berkali-kali. Amalan itu juga baik untuk melegakan selesema dan melancarkan pernafasan.
TIP UNTUK KESIHATAN
BEBERAPA JENIS TUMBUHAN DI DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
1. Strawberi ubati luka dan kudis
Strawberi sejenis buah berwarna merah berasal dari negara-negara bercuaca sejuk. Ia digemari kerana keenakannya sama ada dimakan mentah ataupun dimasak pai atau puding.
Selain daripada kegunannya sebagai sumber makanan strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya pula direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis dan luka-luka. Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.
Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu adalah bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.
Selain daripada buah dan daun, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia amat berkesan bagi mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.
Labu Kuning Atasi Masalah Kekurangan Vitamin A
Vitamin A merupakan sejenis zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang. Ia menguatkan daya tahan badan untuk menentang jangkitan penyakit terutamanya di bahagian mata, paru-paru, tiub bronkial, kerongkong dan kulit.
Labu kuning merupakan salah satu daripada kaedah-kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A, satu faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada berbagai-bagai penyakit.
Berasal dari keluarga Cucurbitaceae, labu kuning adalah di antara jenis-jenis sayur yang kaya dengan vitamin A untuk mengubati atau menghindarkan penyakit-penyakit seperti masalah kulit, sakit mata, rabun terutamanya pada waktu malam, ketidakseimbangan gula dalam darah, jangkitan penyakit, pembengkakan di bahagian sendi, masalah paru-paru.
Buah labu dibuang kulit dan biji kemudian dikisar halus dengan air dan diminum pada setiap hari. Ia boleh dicampur dengan sedikit jus lobak merah untuk mengatasi rasanya yang kelat.
Isi labu, yang juga kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, niasin, vitamin B dan C dan magnesium, melancarkan fungsi-fungsi limpa manakala bijinya, yang mengandungi lemak dan protein boleh dimakan selepas digoreng. Juga boleh menghapuskan masalah cacing pita dalam usus, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ramai orang telah menjual biji labu ini apabila sudah digoreng dan permintaan ramai begitu menggalakkan terutamanya bagi golongan remaja yang lebih suka makan di waktu-waktu lapang.
3. Pokok Hati-Hati Meredakan Batuk
Pokok hati-hati merupakan sejenis tumbuhan herba berbunga ungu muda. Daunnya tebal dan berbulu halus berwarna hijau muda. Berasal dari famili Labiate, pokok hati-hati yang juga dikenali sebagai bangun-bangun atau nilam di sesetengah tempat merupakan penawar dalam perubatan tradisional.
Salah satu daripada kegunaannya ialah untuk mengubati batuk, terutamanya di kalangan orang-orang dewasa. Kaedah penyediaannya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun hati-hati kemudian campur dengan air sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari.
Pokok hati-hati, juga dikenali dengan nama sainsnya sebagai Coleus amboinicus lour. Ianya berkesan juga untuk merawat masalah sembelit. Cara rawatannya sama seperti merawat batuk, iaitu dengan menumbuk daunnya, kemudian dicampur dengan air sebelum ditapis dan diminum. Daunnya juga digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan.
4. Aloe Vera Penawar Pelbagai Penyakit
Pokok Aloe vera memang diketahui bernilai tinggi dalam bidang perubatan. Tumbuhan berdaun tebal berwarna hijau dan berbintik-bintik putih ini merupakan penawar bagi mengubati pelbagai penyakit, antaranya darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, barah dan masalah kulit.
Berasal dari famili Liliaceae, aloe vera terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian isinya yang jernih menyerupai jel dan jusnya berwarna hijau kekuningan yang diproses daripada bahagian daun berwarna hijau.
Jel aloe vera digunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis krim yang menyejuk, meredakan, menyembuhkan dan melembabkan kulit. Ia juga merupakan bahan penting untuk membuat syampu bagi mengatasi rambut kering dan juga masalah gatal-gatal di bahagian kulit kepala.
Jel aloe vera menyejukkan kulit dan melindunginya daripada jangkitan kulat serta menghilangkan parut. Ia memepercepatkan proses penggantian sel dan berkesan untuk merawat luka, kudis dan kesan-kesan akibat melecur.
Jel yang dikikis daripada daun aloe vera yang dibelah dua boleh digunakan dalam bantuan kecemasan untuk merawat kesan-kesan melecur akibat terbakar atau bahang panas matahari, kulit melepuh atau gatal-gatal.
Jus aloe vera pula digunakan sebagai ubat untuk mengawal berbagai-bagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan sakit jantung. Ia juga merupakan salah satu daripada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat krim untuk kegunaan melindungi kulit daripada terkena pancaran ultra-violet.
5. Jering Ubati Sakit Batu Karang
Buah jering bernilai tinggi dalam perubatan tradisional terutama untuk mengubati batu karang. Ambil tiga biji buah jering, ditumbuk halus bersama sedikit halia sebelum direbus dengan lima gelas air. Bila mendidih, biarkan sejuk dan minum airnya secawan sehari.
Jering yang dikenali sebagai Pithecellobium jiringa dari segi saintifik dan berasal dari famili Leguninosae. Jering juga berkesan untuk merawat penyakit kencing manis. Bila memakan jering, kulitnya jangan dibuang sebaliknya direbus dengan air hingga mendidih. Bila sejuk minumlah secawan sehari pada setiap pagi.
Buahnya pula dimakan sebagai ulam tetapi jangan dibuang kulit airnya kerana bahagian itulah yang berkhasiat untuk mengubati penyakit kencing manis.
Selain daripada buah, kulit pokoknya turut dapat mengubati kencing manis. Caranya sama seperti menggunakan kulit buah jering iaitu merebusnya hingga mendidih dan diminum secawan sehari pada waktu pagi atau malam.
PENUTUP
Di dalam perubatan tradisional, masyarakat melayu khususnya mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang digunakan, samada dari pucuk kayu sehinggalah ke akar kayu, semuanya boleh dijadikan ubat. Amalan perubatan ini amat berkesan dan kadangkala ianya lebih sesuai digunakan mengikut keadaan yang tertentu berbanding perubatan cara moden. Tambahan kosnya yang murah, menyebabkan ramai orang lebih senang berubat cara tradisional. Tetapi dewasa ini, tidak ramai golongan dewasa yang berminat untuk mempelajari perubatan tradisional ini dan hanya segelintir sahaja yang meminatinya. Tidak dinafikan satu hari nanti, pokok sirih yang banyak kegunaannya yang ada dibelakang rumah tidak digunakan lagi oleh anak remaja sekarang ini. Ini adalah kerana mereka tidak tahu akan kegunaannya. Oleh itu, sebagai masyarakat melayu, saya rasa berbangga dapat mempelajari tentang dunia Etnobotani ini dan kegunaannya. Semoga kita mendapat manfaat dari mempelajarinya.
BIBLIOGRAFI
Soerahso, Okt 1992. Tanaman Ubat, Majalah Turbus, bil. 275. 1992 Jakarta. m/s 17
Zurilawati Ku Zaifah, 1999. Petua Ibu Kembali Segar, Majalah Jelita, bil. Mei. m/s 68 – 70 Zunairah Radzi, 1999. Amalan berpantang masyarakat melayu. Majalah Jelita. Bil. Mei. m/s 94 – 99
Zainol Fakir, 1997. Tip Kesihatan. Majalah Mastika. Bil Oktober 1997. m/s 62 – 65. Kuala Lumpur.
Zainol Fakir, 1998. Tip Kesihatan. Majalah Mastika. Bil Julai 1998. m/s 82 – 83. Kuala Lumpur.
Leuorrhea (Keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
Oleh Noraida Arifin
Penyakit ini tidak harus dipandang remeh kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan masalah dalaman yang lain seperti frigid dimana vagina menjadi kurang sensitif atau kurang peka pada sentuhan. Selain itu ia juga boleh menyumbang kepada kemandulan jika dibiarkan berlanjutan pada tempoh masa yang lama.
Jamu untuk keputihan
Tumbuhan herba telah lama digunakan untuk menangani masalah ini. Ramuan ini telah diamalkan sejak turun temurun dan terbukti berkesan menjadi penawar untuk keputihan.Bahan- bahan yang diperlukan untuk rawatan ini ialah:
- 10 helai daun beluntas (pluchea indica)
Bahan-bahan diatas diricih (dipotong nipis-nipis) dan dimasukkan ke dalam periuk berisi 1 liter air. campuran ini direbus hingga mendidih dan airnya tinggal 1/3 dari kandungan asal(330 ml). Air ini akan diminum sekali sehari. Setiap kali hendak diminum air ini akan dipanaskan dan dibiarkan hingga suam.
Sirih (piper betle) juga telah terbukti dapat mengurangkan dan merawat masalah keputihan. 10 – 20 helai daun sirih diramas keadalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mencuci bahagian sulit setiap kali selepas membuang air kecil. Ia juga boleh direbus untuk mendapatkan kesan yang optimum. Selain mampu merawat keputihan ia juga akan menghilangkan kegatalan dibahagian alat sulit yang selalunya disebabkan oleh bakteria. Ini kerana sirih mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat. Minyak pati yang terdapat dalam daun sirih juga mempunyai bau yang wangi yang dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada vagina . Air rebusan daun inai (lawsonia inermis) juga boleh digunakan dengan cara yang sama iaitu sebagai bilasan selepas setiap kali membuang air kecil.
Jual ulam di Internet (Harian Metro 2009)
Jual ulam di Internet
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
[email protected]


PENANG 22/01/09 – Attn: Fairul Asmaini HM- Noriada Ariffin bersama keluarga. Gambar Asman Ibrahim9 Dia mula menikmati ulam sejak kecil selepas diajar ibunya. Kini, ulam mentah seperti pucuk selasih, ulam raja, selom, tenggek burung (daun tiga jari) serta pegaga sering menjadi pilihan utama dalam sajian makanannya.
Bagi Noraida Arifin, 35, selain mempunyai kandungan serat yang tinggi, ulam mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.
“Sejak kecil saya memang tidak lupa untuk mengambil ulam ketika makan. Biasanya saya mengambilnya secara mentah, dicicah bersama sambal belacan. Namun, suami saya tidak begitu gemar mengambil ulam kecuali ulam raja.
“Selain ulam, tumbuhan herba seperti kunyit hidup, pilis, temu lawak serta param juga saya amalkan terutama ketika berpantang. Ternyata amalan itu banyak membantu wanita seperti saya dalam penjagaan kesihatan selepas bersalin,” katanya.
Noraida berkata, sejak kecil ibunya sering bercerita mengenai khasiat herba dan ulam-ulaman yang mudah didapati di sekitar kampungnya di Kampung Bechah Resak, Tumpat.
Katanya, ibunya banyak menanam ulam serta pokok herba seperti daun selasih, pegaga serta pucuk mata ayam di kawasan sekitar rumah dan ia sedikit sebanyak menimbulkan minatnya terhadap tumbuhan.
Tumbuhan ulam dan herba juga sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk mengkomersialkan lagi khasiat ulam berkenaan.
Untuk itu, Noraida berkata, dia dan suami turut menanam beberapa jenis tumbuhan herba serta ulam di sekitar rumah yang bukan saja untuk dimakan malah dijadikan pokok contoh untuk pembeli.
Minat yang mendalam terhadap tumbuhan sebenarnya turut mendorong lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia ini untuk mengasaskan perniagaan menjual pelbagai jenis pokok tanaman menerusi laman web melur.com.
Perniagaan yang diasaskan sejak lima tahun lalu itu kini semakin berkembang dan mendapat sambutan hangat daripada penggemar tumbuhan dari seluruh negara.
“Pada mulanya, laman web berkenaan diwujudkan sekadar untuk suka-suka berkongsi maklumat mengenai tumbuhan termasuk tanaman herba yang saya peroleh daripada ibu, pembacaan serta rujukan sendiri.
“Namun, lama kelamaan, saya terfikir mengapa tidak kembangkan laman web berkenaan sebagai satu portal perniagaan untuk membantu penggemar tumbuhan mendapatkan tanaman yang mereka gemari.
“Bermula dari situlah saya luaskan skop melur.com kepada laman web yang menyediakan banyak maklumat berguna mengenai tanaman serta memasarkan pelbagai tumbuhan menerusi katalog yang disediakan. Alhamdulillah, portal ini semakin berkembang kini,” katanya.
Laman web yang asalnya sekadar untuk berkongsi maklumat serta pengetahuan mengenai tumbuhan herba, ulam-ulaman serta penjagaan pokok itu diperkenalkan pada Disember 2003. Kini, ia menjadi antara portal yang paling mendapat sambutan terutama dalam kalangan penggemar pokok herba.
Anak sulung daripada tujuh beradik kelahiran Tumpat, Kelantan, ini masih bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang dalam bidang kejuruteraan.
Isteri kepada Datu Mohd Rithaiddeen, 35, ini memperuntukkan sekitar dua jam sehari untuk mengemas kini pesanan serta pertanyaan di laman web berkenaan.
Katanya, biarpun mempunyai dua kerjaya dalam satu masa, dia tidak sesekali melupakan masa untuk bersama keluarga terutama tiga anak yang masih kecil.
“Keluarga adalah aset yang ternilai bagi saya namun, perniagaan ini juga amat penting kerana ia berkait rapat dengan minat saya sendiri,” kata ibu tiga anak perempuan, Dayang Nur Iman Alani, 9, Dayang Nur Syafiqah, 6 dan Dayang Nur Ain Syazwani, 4.
Mengenai perancangan masa depan, Noraida berkata dia tidak mahu terburu-buru membuka ladang herba tetapi sebaliknya mahu menumpukan kepada strategi pemasaran menerusi Internet.
Melihat potensi yang ada, ia mendorong dirinya untuk mengembangkan perniagaan herba itu ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.
“Gaya hidup masyarakat yang semakin moden dan sibuk menyaksikan mereka tidak mahu membazirkan masa melawat sesuatu nurseri semata-mata untuk mencari pokok yang diinginkan.
“Ia mendorong masyarakat beralih kepada urusan pembelian barangan menerusi Internet kerana ia ternyata lebih mudah, banyak pilihan serta menjimatkan masa.
“Selain itu, penggemar tanaman herba dari seluruh negara juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke sesuatu kawasan untuk mendapatkannya sebaliknya hanya boleh memesan di Internet dengan harga yang hampir sama,” katanya yang pernah menghasilkan buku berjudul Penyembuhan Semulajadi Melalui Herba, terbitan PTS Milenia pada 2005.