Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Budak 3 tahun jatuh tali air ditemui lemas

Sinar Harian | 2022-12-13 14:42:00 | www.sinarharian.com.my

KUALA TERENGGANU – Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini petang Isnin, ditemukan pagi Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, mangsa Muhammad Sufi Eijaz Mohd Sobrey, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada jam 11.34 pagi pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

“Pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung dan Alhamdulillah keadaan mangsa masih sempurna,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Mazimi berkata, operasi pencarian mangsa sejak petang Isnin melibatkan 68 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia, Anggota Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk tempatan.

Ibu mangsa Nurul Ain Bakkeri, 33, berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta orang ramai kerana akhirnya jasad anaknya berjaya ditemukan.

“Sejak mengetahui anak saya lemas petang semalam, tiada apa yang saya harapkan kecuali jasadnya ditemui kerana saya ingin sangat-sangat untuk jumpa dengan jasad anak saya itu,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Isnin, Muhammad Sufi Eijaz yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan sedang bermain di atas jambatan tersebut bersama abangnya Muhammad Syakir Wafiuddin, 8, sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.

Bapa mangsa Mohd Sobrey Ramli, 32, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Isnin berkata, beliau bersama ketiga-tiga anak, datang ke kawasan tali air tersebut dengan motosikal untuk bersiar-siar sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji di kawasan berdekatan.

Namun sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Sufi Eijaz dan Muhammad Syakir Wafiuddin meluru turun daripada motosikal menuju ke tali air, kerana teruja melihat ramai kanak-kanak sedang mandi-manda, sebelum Muhammad Syakir Wafiuddin memberitahu bahawa adiknya hilang.

Pengawal keselamatan di Politeknik Kuala Terengganu itu berkata, beliau yang ketika itu sedang menguruskan anak bongsunya, Muhammad Shafiq Arshad, 1, dengan pantas terjun ke dalam air dan cuba mencari anaknya, namun usahanya hanya sia-sia kerana arus di bawah air sangat deras dan dalam. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!