Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Brazil: Ribuan peminat beri penghormatan terakhir kepada Pele

| 2023-01-03 14:22:51 | www.bernama.com

SANTOS (Brazil) 3 Jan (Bernama) — Ribuan peminat berhimpun di bandar Santos, Brazil untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser kolon.

Jasadnya ditempatkan di Stadium Urbano Caldira bagi membolehkan peminat memberi penghormatan terakhir. 

Antara yang hadir ialah presiden FIFA Gianni Infantino dan ketua konfederasi bola sepak CONMEBOL Amerika Selatan, Alejandro Dominguez, lapor Xinhua.

Infantino bercadang untuk mengesyorkan semua persekutuan bola sepak di seluruh dunia menamakan stadium sempena nama Pele yang pernah merangkul juara Piala Dunia FIFA sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970) bersama dengan pasukan Brazil. 

“Kami akan meminta semua persekutuan di seluruh dunia menamakan sebuah stadium sempena nama Pele. Saya fikir anak muda, generasi akan datang perlu mengenali dan mengingati siapa Pele dan kegembiraan yang dibawanya kepada dunia,” kata Infantino .

Pele yang meninggal dunia Khamis lalu akan disemadikan di perkuburan persendirian di Santos, sebuah bandar pantai yang terletak 60 kilometer dari Sao Paulo.

Kerajaan Brazil bercadang menamakan semula pelabuhan terbesar di Brazil dan Amerika Latin, Pelabuhan Santos sempena nama legenda bola sepak itu, kata gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!