fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Boleh ke makan kentang yang dah hijau?

Biasa nampak tak kentang yang berwarna sedikit kehijauan? Kadang-kadang kentang di rumah yang dah lama disimpan akan bertukar hijau jugak. Kenapa ye? Boleh makan ke lagi?

Sebab Kentang Jadi Hijau

Apabila kentang terdedah kepada cahaya matahari secara terus, kentang akan mula bertukar menjadi hijau. Warna hijau berasal daripada klorofil, istilah yang mungkin anda tkali terakhir sama kat sekolah. Klorofil ialah sebatian tidak berbahaya yang memberikan tumbuhan warna hijau.

Klorofil adalah penting untuk fotosintesis, proses yang digunakan oleh tumbuhan menghasilkan makanan. Pendedahan kepada cahaya matahari akan mempercepatkan pengeluaran klorofil dalam kentang. Sebab tu la kita kena simpan kentang di kawasan yang gelap.

Jadi Selamat Ke Makan Kentang Hijau Nih

Menurut kajian Pusat Racun Amerika, kentang hijau tidak selamat untuk dimakan. Apabila klorofil meningkat dalam kentang, ia akan menjadikannya hijau, kemungkinan kompaun solanin juga telah meningkat. Paras solanin yang lebih tinggi menyebabkan kentang terasa pahit malah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak, sebatian ini boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti loya dan cirit-birit, serta sakit kepala dan masalah saraf. Lagi satu, anda perlu makan kuantiti yang banyak kentang hijau untuk mula merasakan kesannya. Oleh itu, peraturan yang baik untuk kentang ialah: kalau pahit, jangan makan.

Macamana Nak Elak Masalah Ni

Jadi adakah maknanya kentang hijau kena buang terus? Tak semestinya. Cuma potong bahagian yang hijau tu dan dah boleh makan semula. Jangan membazir. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, adalah lebih baik untuk membuang kulit kentang kerana lebih banyak solanin boleh didapati dalam kulit.

Untuk mengelakkan kentang menjadi hijau terlalu cepat, elakkan dari terkena cahaya matahari. Tempat yang sejuk dan gelap seperti pantri atau kabinet adalah yang terbaik. Dan jangan simpan sekali dengan bawang ye, sebab bawang boleh mempercepatkan proses menghijau kentang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!