Posted on Leave a comment

Khasiat pokok badang hitam atau bisa ular

Saya sangat teruja mengetahui satu lagi khasiat pokok yang sudah lama saya kenali sebagai bisa ular ini. Seperti mana namanya di bahagian utara semenanjung Malaysia ia digunakan untuk mengubat bisa ular dengan cara melumatkan daunnya dan dilumurkan pada bahagian yang terkena patukan ular. Satu lagi khasiat besar tumbuhan ini ialah digunakan untuk mengubat penyakit eczema yang dikenali dengan nama penyakit badang di kelantan.

Tumbuhan yang cantik tetapi berduri ini sesuai dijadikan tumbuhan pagaran untuk landskap

 pokok badang
Posted on Leave a comment

Ubat untuk penyakit uluran

Ini kaedah yang baru saya pelajari dari seorang jiran. Beliau pernah terkena penyakit uluran angin. Bahagian yang terkena pada beliau ialah bahagian ari-ari atau bahagian bawah pusat. Sakitnya kata beliau umpama dihiris-hiris pisau tak tertahan.
Uluran atau dikenali juga dengan nama angin pasang atau hernia atau medu angin. Uluran disebabkan oleh angin kotor dari proses pencernaan yang terperangkap dalam badan.Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam badan juga menyebabkan urat kembang sehingga membuka ruang untuk angin kotor mendudukinya.Angin kotor ini bergerak keseluruh tubuh sehingga menyebabkan kesakitan kepada pengidapnya. Uluran lelaki ialah apabila angin pasang berhimpun di kawasan testis menyebabkan ianya membengkak.

Petua uluran angin ini menggunakan daun jarak pagar dan pucuk melada pahit.

3 helai daun jarak dan 3 tangkai pucuk bayang ( pucuk yang tidak terlalu atas tetapi masih lembut) melada pahit. Tumbuk kedua-duanya menjadi pes dan lumurkan kepada bahagian yang bermasaalah .InsyaAllah bengkaknya berkurangan. Jiran saya tadi pulih dalam masa 3 hari.

Posted on Leave a comment

Wajah baru www.melur.com

Bismillahirahmanirahim,
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman web melur.com. Laman web ini masih dalam tempoh percubaan dan kami amat mengharapkan komen dari tuan-puan semua. Insya Allah sekiranya tiada masalah, laman web www.melur.com yang baru akan beroperasi sepenuhnya di https://www.melur.com

p/s: tuan – puan boleh tinggalkan komen diruang forum.

Terima kasih
Admin