Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

BERNAMA – Tanah runtuh: “Terima kasih pasukan SAR, petugas media”

| 2022-12-25 09:33:34 | www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor.

Ucapan yang sama turut ditujukan kepada semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.

“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya.

Usaha pencarian mangsa terakhir tragedi berkenaan berakhir hari ini, selepas mayat mangsa ke-31, iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR 4.53 petang tadi pada kedalaman tanah 1.5 meter.

Selepas sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).

Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.

Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.

— BERNAMA 

 

 

 

 

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!