Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

BERNAMA – GPS pertahan kebebasan beragama, tolak ekstremisme

| 2022-12-24 23:23:29 | www.bernama.com

KUCHING, 24 Dis (Bernama) — Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama, namun tidak menghadapi masalah untuk bersatu dalam kepelbagaian.

Katanya di Bumi Kenyalang juga terdapat keluarga beragama Kristian dan Islam yang boleh hidup di bawah satu bumbung tanpa menghadapi sebarang masalah.

“Kita di Sarawak bertuah kerana agak terlindung daripada persengketaan agama dan kaum yang sering berlaku di tempat-tempat lain.

“Kuasa autonomi imigresen kita mampu menyekat pelampau-pelampau agama untuk menjejakkan kaki di Sarawak,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2022 di sini, hari ini. 

Abang Johari berkata Sarawak tidak kalis sepenuhnya daripada unsur-unsur ekstremisme yang memasuki negeri itu melalui saluran siber seperti media sosial yang biasanya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Benteng kita daripada anasir ini hanyalah kebijaksanaan kita sendiri untuk menapis yang baik daripada yang jahat dan yang fakta daripada yang auta,” katanya.

Abang Johari turut memberi komitmen bahawa GPS akan terus memperjuangkan kepentingan dan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pembentukan GPS merupakan langkah baik untuk memastikan suara Sarawak tidak tenggelam di persada nasional. Tidak ada orang lain yang lebih ikhlas daripada orang Sarawak sendiri dalam perjuangan menegakkan keadilan bagi Bumi Kenyalang,” katanya.

— BERNAMA 

 

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!