Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Banjir: Situasi di empat negeri tidak berubah, Perak semakin pulih

| 2022-12-16 02:47:40 | www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Keadaan banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan tidak berubah malam ini, manakala di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan, kekal 141 orang sejak petang tadi.

Di TERENGGANU, sejumlah 37 orang daripada 10 keluarga masih berada di SK Atas Tol di Kuala Terengganu yang menjadi satu-satunya PPS beroperasi ketika ini.

Situasi sama turut berlaku di JOHOR apabila mangsa banjir kekal 91 orang setakat 8 malam ini, dengan tiga PPS masih dibuka di Segamat melibatkan 21 keluarga dan sebuah PPS di Mersing membabitkan tiga keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam kenyataan memaklumkan PPS di Segamat melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala di Mersing di Sekolah Agama Pangkalan Batu.

Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas berlindung di tujuh PPS malam ini, kekal seperti direkodkan petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 712 orang berada di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir malam ini menurun kepada 92 orang daripada 22 keluarga berbanding 104 daripada 25 keluarga petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Hilir Perak, SK Padang Serai di Manjung dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi di Kampar.

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah ditutup pada 2.30 petang tadi.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!