Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Banjir: LZNK sumbang 24,000 kampit beras ke Kelantan, Terengganu

NURUL HIDAYAH HAMID | 2022-12-27 13:11:00 | www.sinarharian.com.my

Tengku Sarafudin Badlishah berkenan memasang pelekat kenderaan sempena Majlis Pelepasan Konvoi (Flag-Off) Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa.

Tengku Sarafudin Badlishah berkenan memasang pelekat kenderaan sempena Majlis Pelepasan Konvoi (Flag-Off) Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa.

ALOR SETAR – [DIKEMAS KINI] Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyumbang 24,000 kampit beras lima kilogram (kg) bernilai RM300,000 bagi membantu mangsa banjir terjejas di Kelantan dan Terengganu.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban mangsa terlibat di kedua-dua negeri.

Baginda turut menzahirkan rasa bersimpati dengan kejadian banjir melanda negeri-negeri terlibat.

“Berdasarkan laporan pada 22 Disember lepas, masih ramai yang terkandas (akibat) banjir. Kita patut tolong antara satu sama lain, tidak kira negeri mana pun terkena banjir.

“Kita semua duduk bawah satu negara, rakyat satu negara (maka) perlu saling membantu,” titah baginda kepada pemberita ketika berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi (Flag-Off) Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di pekarangan Stadium Darul Aman di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman berkata, bantuan beras terbabit akan dihantar menggunakan empat treler dengan 12,000 kampit akan diserahkan ke Kelantan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) manakala 12,000 kampit beras lagi akan diserahkan di Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Misi ini juga akan turut disertai konvoi daripada Syarikat Mudim Zakaria Industries Sdn Bhd yang merupakan muzzaki iaitu pembayar zakat kepada LZNK akan turut menyalurkan sumbangan sebanyak 2,400 botol kicap Mudim kepada mangsa,” katanya.

Beliau menyatakan, jumlah keseluruhan kenderaan mengikut 15 kenderaan dengan diiringi empat kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan sebuah kenderaan pengiring dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!