Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Banjir di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | 2022-12-25 17:43:00 | www.sinarharian.com.my

PASIR MAS – Banjir yang melanda beberapa kawasan di Pasir Mas dan Tumpat semakin pulih apabila hanya 7,148 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 5.30 petang berbanding 10,642 mangsa pada pagi Ahad.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Banggol Kong di sini mendapati rumah penduduk masih lagi ditenggelami banjir.

Suri rumah, Mariam Abdul Rahman, 62, berkata, air mulai surut pada petang Sabtu dan jalan Pohon Tanjong ke Jeram Perdah sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Alhamdulillah, keadaan bertambah baik jika dibandingkan sebelum ini. Hampir seminggu kami diuji dengan banjir.

“Sebaik sahaja air surut, rata-rata penduduk di sini mulai membersihkan kawasan rumah masing-masing,” katanya.

Menurut Mariam, tiada kerugian yang dialami ketika banjir kali ini kerana sudah membuat persiapan lebih awal.

Sementara itu, Nurul Adriana Mustasa, 18, berkata, walaupun air semakin surut, namun dia dan keluarga masih menggunakan perahu untuk berulang alik.

Nurul Adriana dan keluarga terpaksa menggunakan perahu untuk keluar dari kawasan rumah mereka yang masih ditenggelami air di Kampung Banggol Kong, Pasir Mas.

Nurul Adriana dan keluarga terpaksa menggunakan perahu untuk keluar dari kawasan rumah mereka yang masih ditenggelami air di Kampung Banggol Kong, Pasir Mas.

“Kawasan kediaman kami akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya kerana ia kawasan rendah.

“Bagaimanapun, kami bersyukur sudah boleh pulang ke rumah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd Hanif Omar berkata, setakat jam 4 petang hanya 19 PPS yang masih menempatkan mangsa di kedua-dua daerah itu.

“Pasir Mas masih lagi menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,588 orang diikuti Tumpat (1,560),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras bahaya walaupun menunjukkan trend menurun.

“Sungai Kelantan di beberapa kawasan di negeri ini sudah kembali ke paras normal,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!