TERJEMAHAN SINAR HARIAN | 2022-12-08 07:10:00 | www.sinarharian.com.my
Bangkai Harimau Tasmanian yang dijumpai dalam almari di muzium Australia. – Agensi
SYDNEY – Bangkai Harimau Tasmanian yang terakhir disimpan dan dianggap spesies telah pupus selama 85 tahun telah dijumpai tersembunyi dalam sebuah almari di muzium Australia, lapor BBC.
Spesies Thylacine itu mati semasa dalam kurungan di Zoo Hobart pada 1936 dan bangkainya diberikan kepada muzium tempatan.
Tetapi, apa yang berlaku kepada rangka dan kulitnya selepas itu telah menjadi misteri sehingga hari ini.
Penyelidik baharu telah mendapai bangkai haiwan mirip anjing atau serigala berbelang seperti harimau berada di muzium selama ini, tetapi tidak direkodkan secara betul.
Harimau Tasmanian yang pupus sejak 85 tahun lalu. – Agensi
“Selama bertahun-tahun, ramai kurator muzium dan penyelidik mencari bangkainya dan menemui kegagalan kerana tidak rekod harimau itu bertarikh 1936,” kata Robert Paddle yang menerbitkan buku pada tahun 2000 mengenai kepupusan spesies tersebut.
“Kami mengandaikan bangkainya telah dibuang,” tambahnya.
Tetapi seorang kurator muzium menemui laporan oleh seorang ahli teksidermis yang tidak diterbitkan sehingga mendorong mereka membuat semakan semula koleksi tersebut.
Mereka menjumpai spesimen harimau betina dalan sebuah almari di jabatan pendidikan muzium itu.
Populasi Harimau Tasmanian yang berkeliaran di seluruh Australia dikatakan telah pupus akibat tangan manusia dan pemangsa dingo. – Agensi