CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Baja

Baja

Hari ni saya nak kongsi sikit tentang topik baja. Apa itu baja & bagaimana kandungan yg terdapat dalam baja boleh membantu tumbesaran tumbuhan. Kalau ikut tarifan dari wikipedia, baja boleh wujud daripada bahan semulajadi atau pun sintetik. Sekiranya dibekalkan kepada tanah ianya boleh memberi bahan nutrien yang penting kepada tumbuhan. Kita biasa dengar orang sebut baja NPK terutama masa nak beli pokok atau baja. Selain dari itu terdapat juga baja organik dan baja bio. Sebelum saya hurai sikit pasal NPK, saya nak bagitau nutrien-nutrien atau zat-zat yg diperlukan oleh tumbuhan terbahagi kepada tiga utama iaitu a) Nutrien makro b) Nutrien makro sekunder dan c) Nutrien mikro.

Nutrien Makro

Terdiri daripada tiga unsur utama iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Potassium (K). Saya masih gunakan istilah bahasa Inggeris sebab nak tunjukkan macamana huruf N & P tu datang. Sebab kalau dalam bahasa Melayu Phosphorus ialah Forforus, Dan Potassium pulak Kalium dalam bahasa Melayu. Konfius?? 🙂

Kalau ikut wikipedia, nutrien makro ni diperlukan untuk daun walaupun sebenarnya ada banyak lagi fungsi lain. Jadi disinilah bermulanya istilah baja NPK atau NPK rating. NPK rating digunakan untuk mengkelaskan baja mengikut kandungan ketiga-tiga unsur tadi (NPK).

Contoh baja NPK 10-10-10 bermaksud baja tersebut mengandungi 10% N, 10% P & 10% K mengikut berat. Contoh lain: 23kg baja NPK 16-4-8 mengandungi 3.6kg Nitrogen (16% dari 23kg), 0.9kg Forforus (4% dari 23kg) dan 1.8kg Kalium (8% dari 23kg).

Nutrien Mikro Sekunder

Nitrien makro sekunder pun tidak kurang penting. Nutrien-nutrien ni terdiri daripada Calcium (Ca), Magnesium (Mg) dan Sulphur (S). Ketiga-tiga nutrien ni diperlukan untuk perkembangan akar, bunga, biji serta buah.

Nutrien Mikro

Kategori seterusnya ialah nutrien mikro yang terdiri daripada Copper (Cu), Iron (Fe), Manganese (Mn), Molybdenum (Mo), Zinc (Zn), Boron (B), Silicon (Si), Cobalt (Co) dan Vanadium(V). Nutrien mikro diperlukan untuk menguatkan proses pembesaran, membantu pergerakan air dalam tumbuhan serta mengalakkan pertumbuhan bunga dan seterusnya buah.

 

Jadi macam tu la sedikit sebanyak huraian pasal baja. Ini baru sebahagian saja daripada topik berkenaan baja yang sangat luas. Ada beberapa lagi info tentang baja seperti baja kimia sebatian (compound), baja kimia tunggal (straight), baja kimia campuran, baja organik dan baja bio.

 

[spacer height=”20px”]

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)