SOIL REFORMATION

• Replenting and maintaining long-term
soil fertility and soil agreate structure.
• Combat soil compaction problem.
• Reforming soil textures and earation
• Amelioratin the ability of soil to retain
water and fertilizer
• Improves microbial environment of soil
that creates dominance advantage of
benefical microbes to suppress pathologenic
soil organisms.
• Interacting with other oil organisms
and biodegrable components

COST EFFECTIVE

• Increasing growth and yield of plants
by neccessary macro nutrients and
micronutrient
• Cost effective, as it is soluble and
absorded by roots, stem and leaves of
crops
• Convenient and easy application, also
minimizing on the transportation cost.
• Environmental friendly

With years of usage on chemical fertilizer and population exploding, we are proud to present Bio3nity bio fertilizer. With Taiwanese technology, we cater to the growing demands of the population. Environment, sustainability, safety in consumption and high yields are our major focus in the agriculture industry.

Dengan peningkatan penggunaan baja kimia yang semakin meningkat, kami memperkenalkan baja bio Bio3nity. Baja bio Bio3nity adalah produk tempatan dan dihasilkan menggunakan teknologi dari Taiwan. Baja bio Bio3nity boleh membantu kepada peningkatan hasil pertanian disamping mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Bio3nity dirumus khas untuk kegunaan tanaman ladang. Diantaranya ialah tanaman industri seperti getah, kelapa, kelapa sawit, koko, kopi, padi, tebu, teh, tembakau, lada hitam; tanaman sayur-sayuran seperti kobis, salad, kangkong, pak choy, sawi, kacang panjang, cili, tomato, bawang, timun; tanaman buah-buahan seperti belimbing, betik, cempedak, durian, mangga, manggis, nanas, pisang, rambutan dan tembikai.

Kelebihan Baja Bio Bio3nity

  1. Mampu mengurangkan kos operasi ladang melalui penggunaan yang sedikit berbanding baja Kuantiti sedikit menyumbang kepada pengurangan kos pengangkutan, kos penyimpanan dan kos buruh untuk pembajaan.
  2. Mampu meningkatkan hasil pengeluaran ladang. Ini dibuktikan melalui beberapa pemantauan prestasi plot-plot ujian dengan kerjasama pengusaha ladang.
  3. Kewujudan mikrob khas di dalam baja membantu
    • Peningkatan jumlah mikroorganisma dalam tanah dan sekitarnya
    • Meningkatkan daya tahan tanaman dari penyakit
    • Meningkatkan penyerapan bahan nutrien oleh akar
    • Melonggarkan struktur tanah agar memberi pengaliran udara kepada akar
    • Tidak memerlukan bahan asing untuk meneutralkan tanah. Pengurangan kos operasi.
    • Memastikan keseimbangan makronutrien dan mikronutrien serta kesihatan mikroorganisma.
  4. Menggunakan teknologi Taiwan tetapi dikilangkan di Malaysia.
  5. Dihasilkan daripada lebih 20 tahun kajian dan penyelidikan.
  6. Digunakan oleh ramai pengusaha tanaman lebih 10 tahun.
  7. Diuji dan disahkan oleh SIRIM sebagai mengandungi bahan kimia pada tahap rendah.
  8. Baja kelas Eropas
  9. Mesra alam

Penggunaan Baja Bio Bio3nity

Kelapa Sawit

Berbeza dengan baja konventional, baja Bio3nity ditabur sekata di sekitar pangkal pokok kelapa sawit. Jarak adalah diantara ½ kaki sehingga 1 kaki dari batang. Warna cerah baja Bio3nity memudahkannya dibezakan daripada tanah persekitaran. Ini juga membantu pekerja ladang mengenalpasti pokok yang telah ditabur baja.

Pembajaan tanaman kelapa sawit memerlukan kuantiti baja Bio3nity sedikit iaitu sekitar 400-500 gram sepokok. Masa yang diperlukan untuk melengkapkan pembajaan keluasan 1 Hektar adalah kurang daripada separuh masa yang diperlukan sekiranya menggunakan baja konventional. Ini adalah kerana bagi tanaman yang telah mengeluarkan hasil, kuantiti baja sebatian atau tunggal yang digunakan tinggi (2-3kg) memerlukan baja ditabur di sekitar pokok dan jauh dari batang. Sekiranya penggunaan baja tunggal diamalkan, urutan pembajaan mesti dituruti. Urutan pemberian baja tunggal biasanya dimulai dengan baja N, kemudian diteruskan dengan baja P, K dan Mg. Amalan ini memerlukan penjadualan yang teliti dan tenaga buruh yang banyak.

Padi

Pembajaan padi menggunakan teknik foliar. Baja Bio3nity dilarutkan dan diaplikasi sebanyak 3-4 kali bagi setiap musim. Untuk tanaman padi, baja Bio3nity berfungsi sebagai suplemen tambahan kepada baja sedia ada. Melalui keputusan daripada tapak ujian menunjukkan penggunaan Bio3nity mampu meningkatkan hasil pengeluaran purata 50%.

Lain-lain Tanaman

Baja-Bio Bio3nity juga telah digunakan untuk beberapa jenis tanaman lain seperti sayur-sayuran dan Teh di Cameron Highland. Baja-Bio Bio3nity juga telah dipasarkan di luar negara seperti China, Vietnam dan Filipina. Diantara tanaman-tanaman yang terlibat ialah jagung hybrid, kurma merah, kapas, gandum, getah dan banyak lagi.

Jagung Hybrid

Lada Hitam

Ladang Teh