CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Axiata umum dividen khas susulan penggabungan Celcom-Digi

Sinar Harian | 2022-12-06 19:39:00 | www.sinarharian.com.my

AXIATA Group Bhd hari ini mengumumkan dividen khas sebanyak empat sen yang dikecualikan cukai di bawah sistem satu peringkat sesaham bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2022.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan telekomunikasi itu berkata, dividen tersebut adalah susulan kejayaan penggabungan Celcom-Digi yang selesai pada 30 Nov, 2022.

“Berikutan transaksi itu, Axiata menerima pertimbangan tunai sebanyak RM2.5 bilion daripada Digi.Com Bhd serta RM300 juta daripada Telenor Asia Pte Ltd yang sejajar dengan terma Perjanjian Pembelian Saham dan Perjanjian Induk Transaksi,” katanya.

Menurut Axiata, sebahagian besar daripada hasil tunai penggabungan itu akan disalurkan bagi tujuan memperkukuh lembaran imbangan dengan mengurangkan hutang manakala baki tunainya untuk dividen khas sebagai menghargai kalangan pemegang saham.

Bagi melonjakkan pengembangan kumpulan di peringkat serantau, Axiata juga akan terus menempatkan perniagaan untuk merebut peluang baharu dalam usaha menerajui pendigitalan untuk masyarakat di serata Asia. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

// width=
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)