Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Awie teruja kembali belajar – Sinar Harian

SYAMILAH ZULKIFLI | 2023-01-05 09:00:00 | www.sinarharian.com.my

Mohamad Rafie (kanan) menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Syakawie.

Mohamad Rafie (kanan) menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Syakawie.

KUALA PILAH – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang hidup sebatang kara selepas bapa angkatnya meninggal dunia pada 24 November lalu teruja memulakan sesi pembelajarannya di Kolej Yayasan Negeri Sembilan di Kampung Gentam, di sini dalam bidang pastri.

Muhammad Syakawie Abdullah atau dikenali sebagai Awie ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, dia mahu membina semula masa depannya selepas berhenti sekolah ketika Tingkatan Tiga.

“Saya bersemangat nak sambung belajar demi masa depan saya. Terima kasih YB dan semua pihak yang membantu saya.

“Saya pun dah ada kawan baharu. Saya pilih bidang pastri kerana saya minat memasak,” katanya yang sudah memulakan sesi pembelajaran pada Selasa.

Meskipun kini terpaksa ‘berjauhan’ dengan kubur arwah ayah angkat, namun dia akan memastikan setiap kali cuti akan pulang untuk menziarahi kubur Allahyarham.

Kisah Muhammad Syakawie yang dilaporkan Sinar Harian

Kisah Muhammad Syakawie yang dilaporkan Sinar Harian

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Muhammad Syakawie memilih tinggal sendirian di rumah peninggalan bapa angkatnya itu yang dipanggil ayah di Kampung Pupuh, Ampangan di sini kerana mahu dekat dengan kubur Allahyarham iaitu kira-kira 60 meter dari rumah.

Sementara itu saudara angkatnya, Zubaidah Anuar, 31, berkata, ibunya kini dalam proses mengambil Muhammad Syakawie sebagai anak angkat yang sah.

Dia yang sudah menganggap Muhammad Syakawie sebagai adik sendiri turut bersyukur kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek banyak membantu.

“Soal kemasukan Awie ke kolej pun YB yang bantu termasuk segala kos pembelajarannya. Saya harap Awie akan berjaya suatu hari nanti.

“Awie ini juga ada masalah untuk mendapatkan kad pengenalan dan itu pun pejabat YB yang bantu uruskan semuanya. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

What Our Clients Say
385 reviews