Posted on

Mengenali Durian : D160

Mengenal Varieti Durian Musang Queen – D160

durian_tekka

Durian D160 di kenali dengan nama durian buluh bawah , durian tekka, musang queen, chok kiok, green bamboo . Ia berasal dari Banting , selangor .didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, di Jabatan Pertanian pada 1987. Pada bulan Disember 2015, durian ini telah dijenamakan semula dengan nama “Musang Queen” sebagai pasangan kepada durian Musang King( D197).
Ciri unik pada durian ini ialah bentuknya yang hampir menyerupai bentuk hati. Buahnya bulat lonjong, kembang di atas dan kuncup di bawah. Terdapat lekukan pada setiap pangsanya. Ulasnya besar dan bijinya sederhana besar , empulurnya berongga. Isinya tebal , berwarna kuning oren, aromanya kuat dan rasanya sedikit pahit dan lemak. saiz buahnya sederhana besar dengan lingkungan berat di antara1.5 hingga 3kg setiap biji.

Bagi penggemar durian pastinya tidak mahu melepaskan peluang merasa durian dengan rasa yang unik dan sedap sehingga digandingkan sebagai permaisuri kepada raja durian kunyit iaitu musang king. Jika anda mencari benih durian Musang Queen dapatinya di sini : www.melur.com/product/anak-pokok-durian-musang-queen-d160-kahwin/

Posted on

Khasiat Kemangi Untuk Keputihan

Khasiat Kemangi Untuk Keputihan

Keputihan (leucorrhoea) adalah keadaan semulajadi di mana vagina membuat proses pembersihan agar terlindung dari jangkitan dan keradangan. Ia merupakan keadaan alami yang akan dialami oleh semua wanita di dunia ini. Keputihan akan keluar bersama sel-sel mati dan bakteria agar vagina tetap bersaih. Keputihan biasa tidak akan membawa masalah, namun apabila jumlah keputihan yang dihasilkan terlalu banyak, terlalu pekat, ada pendarahan, berbau kurang menyenangkan, menyebabkan kegatalan vagina dan kawasan sekitarnya atau berubah warna daripada putih kepada kuning atau hijau, ia merupakan petunjuk bahawa vagina atau sistem peranakan seseorang wanita itu sedang mengalami masalah.
Keputihan yang tidak dirawat akan menimbulkan pelbagai masalah yang lebih kronik. Ia selalunya disebabkan oleh sejenis kulat/fungus/yis yang dipanggil candida albicans Sebelum didatangi masaalah yang lebih parah, banyak tumbuhan yang boleh memberikan penyelesaian alami untuk masaalah keputihan. Antara yang sering digunakan ialah beluntas, sirih dan kemangi. Artikel ini akan membincangkan kegunaan kemangi untuk menjadi penawar kepada penyakit keputihan

Kemangi

Nama biasa: Kemangi
Nama Botani : Ocimum sanctum / ocimum cannum / ocimum x africanum
Keluarga: Lamiaceae
Nama lain: Cemangi, lemon basil, bai kra pao, mangiak(Thailand), ruku-ruku (minangkabau)
Ciri khas yang terdapat pada kemangi berbanding dengan tumbuhan genus ocimum yang lain ialah baunya yang sangat beraroma seperti bau serai. justeru itu ia banyak dijadikan penambah perisa makanan kepada masakan ikan dan juga ayam goreng. Ia juga melazatkan salad. Boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam. Kaum minangkabau menggunakan daun kemangi dalam masakan asam pedas (asam padeh). Kemangi merupakan tumbuhan semusim jadi ia akan mati setelah bunganya kering. untuk mengelakkan pokok kemangi mati selepas semusim, jangan biarkan ia berbunga dengan sentiasa potong bahagian yang akan mengeluarkan bunga. kemangi boleh dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih. Ia boleh ditanam ditanam ditempat matahari penuh atau separa dengan kadar pertumbuhan yang lebih cepat di kawasan matahari sepenuhnya.

*Kegunaan kemangi untuk masaalah keputihan*

*1.Menghilangkan kegatalan*

Daun kemangi merupakan anti-kulat(fungus) semulajadi. Kandungan daunnya mengandungi sebatian seperti eugenol, linalool, terpineol, sitronelol, citral dan juga limonen. Sebatian ini merupakan bahan anti bakteria semujadi yang dapat membunuh kulat dan bakteria penyebab kegatalan.

*2. Mengatasi bau keputihan*

Bau keputihan yang tidak menyenangkan bukan sahaja membawa bahaya tetapi membuatkan wanita tidak selesa dan tertekan.Lebih parah lagi keputihan yang berbau juga mungkin menunjukkan petanda awal kepada penyakit kanser pangkal servik.fitokimia yang terdapat dalam daun kemangi dapat mencegah kanser servik dan pada masa yang sama dapat menghilangkan bau tidak menyenangkan pada vagina.

*3. Mengurangkan jumlah keputihan. *

Keputihan yang terlalu banyak walaupun tidak berwarna dan tidak berbau akan tetap menimbulkan ketidakselesaan pada wanita. Bagi muslimah, masalah ini terpaksa ditangani setiapkali ingin menunaikan solat fardhu. pengambilan daun kemangi yang mengandungi vitamin A, vitamin B dan vitamin C dapat mengurangkan racun/toksid dalam tubuh yang menyebabkan keputihan dikeluarkan dengan jumlah yang banyak.

*4. Mengatasi rasa melekit disebabkan oleh keputihan. *

Rasa melekit ini selalunya menyebabkan wanita tidak selesa , gatal dan menggaru hingga menyebabkan keradangan. Daun kemangi dapat menjadikan kawasan vagina lebih kesat dan bebas dari bakteria

*5. Menghilangkan bau*

Beta karotin yang terdapat dalam daun kemangi dapat menghilangkan bau dan meningkatkan antibodi dan memperbaiki sel yang rosak yang menjadi penyebab bau itu.
Cara penggunaan daun kemangi untuk semua tujuan diatas ialah dengan cara makan sebagai ulam ( untuk menyembuhkan dari dalam) dan rebus daun kemangi, biarkan suam dan gunakan sebagai air basuhan di kawasan vagina.

Banyak lagi khasiat kemangi yang lain seperti ubat untuk batuk , masaalah pernafasan dan bronkitis. Ia juga berguna untuk mengurangkan gastrik.
<1.bp.blogspot.com/-CM4SlyEhRUY/W0wNPlYymjI/AAAAAAAAttg/8QyabTug-e4ftj1ASLdtPuRKrdhpUCDvQCLcBGAs/s1600/sambalkemangi.jpg>

Posted on

Cara untuk kenal tumbuhan menggunakan app (Android)

Anda selalu ada masalah nak kenal jenis pokok atau bunga yang anda jumpa kat tepi jalan? Di antara banyak cara yg dinyata saya rasa app PictureThis adalah yang terbaik. Teknologi yg digunakan hampir serupa dengan Google Goggles. Cuma perlu tangkap gambar pokok dan app ni akan bandingkan imej dengan maklumat dalam pengkalan datanya. Saya sendiri dapati ketepatannya utk kenal pasti jenis pokok adalah lebih kurang 6 / 10. Selamat mencuba…

PictureThis

Price: Free
DOWNLOAD ON GOOGLE PLAY
PictureThis is one of the newer plant apps. It works a bit like Google Goggles and similar apps. You snap a picture of a flower, plant, berry, whatever. The app then uses the photo to identify it for you. Unlike FlowerChecker, this one uses computer algorithms instead of human hands. Thus, there are a few errors here and there. However, in general, the app actually seems to work pretty well. It features a database of thousands of plants, advice, and more. The app is also completely free with no in-app purchases or ads.
 

 

Anda boleh baca artikel penuh di paut berikut.

 

Source: 10 best plant apps and flower identification apps for Android | AndroidAuthority

Posted on

Cara penanaman limau kasturi secara komersial

Cara Penanaman Limau Kasturi Secara Komersial
Limau kasturi dikenali juga dengan nama kalamansi , dikenali secara saintifik dengan nama botaninya Citrus microcarpa L. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti asid orange​, panama orange dan calamadin orange.
Benih Dari anak biji benih atau anak tut( mengeluarkan hasil lebih cepat)
Jenis tanah Sesuai dengan pelbagai jenis tanah, yang paling sesuai ialah jenis lom berpasir.
Jarak Tanamam
Jarang tanaman yang paling optimum ialah 6 m X 6 m . Jika ditanam dengan susunan segiempat sama , jumlah pokok yang boleh ditanam untuk kawasan seluas 1 hektar ialah 270 pokok.
Saiz lubang
Lubang bersaiz 0.4 m X 0.4 m X 0.2 m perlu digali untuk setiap anak pokok.Campur baja organik ke dalam lubang tanaman. Sejumlah 10 hingga 12 kg baja organik diperlukan untuk campuran ke dalam lubang tanaman.
Penyiraman Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja pokok di tanam. Siram sebanyak 1 -2 kali sehari untuk 2 hingga 3 bulan pertama.
Pengurusan rumpai. Rumpai disekeliling pokok perlu dibuang menggunakan cangkul atau dicabut dengan tangan.
Pembajaan Pembajaan boleh menggunakan baja organik seperti tinja lembu dan kambing. sebanyak 30 hingga 40kg baja diperlukan untuk setiap pokok untuk setahun sebelum pokok berbuah. Selepas berbuah baja sebanyak 30 hingga 60kg setahun diperlukan. Jika menggunakan baja kimia 2 campuran baja boleh digunakan.
– Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4) – Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Cantasan perlu dilakukan apabila perlu untuk membuang ranting-ranting yang tidak dikehendaki. ​
Hasil Pokok yang ditanam dari anak pokok tut akan menghasilkan buah selepas 2 hingga tahun.Penghasilan buah untuk sepokok ialah lebih kurang 20-25kg setahun. Jangkamasa ekonomi bagi pokok dari benih tut ialah 10 tahun.
Artikel ini disiarkan di www.melur.com
Kami menyediakan benih tanaman secara runcit dan borong.

Posted on

Penggalak akar semulajadi

Penggalak akar semulajadi

Dengan kebanjiran pelbagai produk pertanian hari ini , pelbagai jenama hormon penggalak akar wujud dipasaran. untuk yang memili cara semulajadi untuk menggalakkan pertumbuhan akar, melur.com ingin berkongsi beberapa bahan dan kaedah yang digunakan secara semulajadi.

Rendaman daun ketapang

Pokok ketapang , atau nama botaninya Terminalia catappa merupakan sejenis tumbuhan tropika yang ditanam sebagai tumbuhan teduhan kerana kanopinya yang rendang. Daun kering yang biasanya gugur dibawah pokok. Untuk dijadikan penggalak akar , daun yang kering dibersihkan , buang daun yang dijangkiti ama atau nampak kotor. Daun dikoyakkan atau dipotong. Seterusnya ia direndam didalam air yang tidak berklorin selama 1 hingga 2 hari. Kalau mahu cepat bole direbus hingga mendidih. simpan dan boleh digunakan sebagai penggalak akar dan anti kulat. untuk menggalakan akar pada keratan batang, keratan direndam selama 6 hingga 12 jam di dalam larutan ketapang sebelum disemai.

Untuk pokok dewasa boleh disembur pada pokok. jangan digunakan terlalu kerap kerana air ketapang bersifat asid dan penggunakan yang terlalu kerap dan banyak boleh menyebakan media menjadi berasid. kalau untuk semburan gunakan 3 hari sekali.
Nantikan sambungan untuk cara menggalak akar secara semulajadi seterusnya.
www.melur.com

Posted on

Kayu Sengon

Kayu Pokok Sengon

Tidak lama dahulu seorang sahabat pernah meminta bantuan saya untuk mencari sejumlah tanah yang agak luas untuk ditanam dengan Pokok Sengon. Di Malaysia tak ramai orang mengenali pokok Sengon (Paraserianthes falcataria) termasuklah saya ketika itu. Pokok Sengon atau nama lainnya Albazia, Puak, Kayu Mancis, Batai dan Jeungjin digunakan untuk menghasilkan kayu bagi industri perkayuan dan perabot. Ia berasal dari kepulauan sebelah timur Indonesia iaitu Maluku dan Papua. Pada penghujung abad yang lepas, spesis ini mula menyebar ke seluruh Asia Tenggara.
Ciri utama yang membezakan pokok Sengon dengan pokok-pokok balak yang lain ialah kadar pertumbuhan yang cepat. Pokok ni boleh ditebang pada usia 4-6 tahun. Oleh kerana balak adalah satu produk komoditi, harganya agak stabil dan kompetetif. Pokok Sengon juga mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minimum. Gabungan ciri-ciri tersebut seakan-akan menjadikannya lebih menguntungkan daripada getah dan kelapa sawit. Sengon Pokok Sengon terkenal di Indonesia sebagai sejenis pokok balak yang paling banyak ditanam secara komersil. Ianya semakin terkenal semenjak kerajaan Indonesia melancarkan program “Sengonisasi” pada tahun 1989. Kini terdapat beribu-ribu hektar tanah telah ditanam dengan pokok Sengon yang sebahagian besarnya diusahakan oleh organisasi besar seperti HTI dan Perum Perhutani. Keluasan tanah yang terlibat juga meningkat dari tahun ke tahun.

Ciri-ciri Pokok Sengon

Pokok Sengon mempunyai batang yang lurus, tidak berbanir, kulit berwarna kelabu putih, licin, tidak mengelupas dan tiada cabang sehingga mencapai ketinggian 20 meter. Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan buah Sengon yang dihasilkan mempunyai panjang sekitar 6-12 cm. Setiap buah mempunyai biji diantara 15-30 biji.

Habitat Sengon

Sengon termasuk kategori tumbuhan yang cepat membesar iaitu pada kadar 8 meter setahun. Sengon merupakan tumbuhan tropika dan memerlukan suhu sekitar 20-33 degC. Ianya sesuai dengan iklim monsoon dan lembab dengan jumlah hujan diantara 200-2700 mm/tahun. Sengon sesuai dengan keadaan tanah lempung berpasir dan mempunyai pengairan sederhana.

Kegunaan Sengon

Kayu Sengon mengandungi peratusan selulosa yang tinggi dan ini menjadikannya sesuai digunakan dalam industri kayu dan kertas. Dengan nilai semasa di antara RM150 – RM1200 per kubik meter, kayu Sengon banyak diusahakan secara komersial untuk memenuhi permintaan industri perabot, pensil, papan dan kertas.

Kaedah Penanaman

Anak pokok Sengon disediakan menggunakan biji benih. Terdapat beberapa spesifikasi jarak penanaman iaitu 4×4, 3×3, 2×3 atau 2×2. Optimumnya ialah 3×3 yang mana kayu Sengon boleh membesar ke diameter 20 cm – 40 cm pada tahun ke 5 atau 6. Saiz ini adalah bersesuaian dengan standard industri kayu lapis, pallet atau sawn timber. Penggunaan baja-bio sepanjang tempoh penanaman boleh memastikan kadar pertumbuhan yang baik serta tahan penyakit. Daun dan dahannya agak jarang dan membenarkan jumlah cahaya yang agak banyak ke tanah. Keadaan ini memungkinkan tanaman lain diselang-seli bersama pokok Sengon.

Penyakit

Daripada segi daya tahan penyakit, pokok Sengon adalah tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang baik. Walaubagaimana pun, ianya masih boleh terdedah kerosakan jika menerima serangan serangga perosak dan penyakit secara berterusan. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pembesaran malah lebih teruk lagi membunuh pokok tersebut. Penggunaan baja adalah salah satu alternative dan ini telah pun dibuktikan dengan menggunakan baja-bio W20 (Bio-Q) pada anak-anak pokok yang diserang penyakit.

Nilai Pelaburan

Persoalan yang paling utama ialah adakah Pokok Sengon mempunyai nilai pulangan yang tinggi? Nilai kayu balak adalah ditentukan oleh

1. Jenis kayu
2. Diameter kayu. Lebih besar diameter maka lebih tinggi nilainya
3. Kualiti kayu

Diameter kayu adalah satu-satunya faktor yang boleh dimanipulasi iaitu dengan menentukan umur pokok yg ditebang dan penggunaan baja. Dengan menggunakan jarak penanaman optimum iaitu 3×3, satu hektar tanah boleh ditanam dgn 1100 pokok Sengon. Pada tahun ke6 diameter pokok Sengon boleh mencapai diantara 20-40cm. Sekiranya kita mengambil diameter 25cm dan nilai semasa pada RM200 per kubik meter sebagai asas pengiraan, maka 1 hektar boleh memberi lebih RM200 ribu dalam tempoh 6 tahun. Ini hanyalah perkiraan kasar dan tidak boleh dijadikan asas untuk anda memulakan pelaburan kayu Sengon. Nilai sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi. Tetapi apa yang nyata ialah kayu Sengon yang mempunyai nilai semasa tinggi dan kos pengurusan yang rendah mempunyai potensi besar.




Posted on

Kopsia

Nama Tempatan: Kopsia Nama Saintifik: Kopsia fruticosa Nama Lain: Pink Kopsia, Tiếng Việt: Cốp, trang tây, Pink, shrub vinca, pink gardenia Famili: Apocynaceae Lokasi Dijumpai: Tumbuhan tempatan Asal:: Burma and India

KETERANGAN:
Kopsia merupakan sejenis tumbuhan hiasan dari jenis renek. Seperti tumbuhan lain dalam keluarga Apocynaceae, ciri2 bunganya mempunyai 5 kelopak. Daunnya tersusun dalam bentuk berlawanan dan mempunyai urat daun yang sangat jelas di bahagian bawah. Ia boleh dibiakkan dengan keratan batang. Pertumbuhannya memerlukan cahaya matahari yang cukup.

KEGUNAAN:
Tumbuhan hiasan. Di India dan Burma ia digunakan sebagai penawar kepada kanser dan malaria. [image: Inline image 1]

Posted on

Bunga Lecek atau Bunga kapur

Bunga lecek memang merupakan bunga yang popular pada suatu masa dahulu kerana keharumannya. Pada suatu masa dahulu ia mudah dijumpai menghiasi perkarangan rumah-rumah kampung.
Kini populariti bunga ini semakin pudar seiring pertukaran masa. Terlalu sukar untuk menjumpai bunga ini dimana-mana.Sekian lama pencarian bunga yang meninggalkan nostalgia manis di usia kanak-kanak saya, akhirnya saya menemukan benih bunga ini.
Nama Tempatan: Bunga Lecek Nama Saintifik: Anaxagorea javanica Nama Lain: Bunga Kapur,Twin-seed, Bunga Pompun, Kekapur Famili: Annonaceae Lokasi Dijumpai: Tumbuhan di melur.com Asal: Asia Tenggara(Malaysia, Thailand dan Indonesia)
Sejenis pokok kecil yang ketinggiannya antara 4 hingga 8 meter (jika ditanam terus di atas tanah). Ia mempunyai batang berkayu. Bunganya berbau sangat wangi.
Beli anak benih bunga ini di: www.melur.com/product/Bunga-lecek/ atau klik disini untuk whatsapp: www.wasap.my/60194779004
Air dari rebusan bunganya digunakan sebagai tonik untuk jantung. Seluruh pokoknya yang dicampur dengan pokok kenanga hutan (Desmos chinensis) di campur ke dalam air mandian untuk pesakit yang mengalami masalah ketagihan dadah. Air rebusan akarnya pula dijadikan teh untuk penawar angin meroyan.
– at Melur.com.