Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

AS salur RM1.1 juta Dana AFCP kepada Malaysia sejak 2001

| 2023-01-05 03:36:23 | www.bernama.com

BACHOK, 4 Jan (Bernama) — Kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah menyalurkan Dana Duta Besar Amerika Syarikat Untuk Pelestarian Budaya (AFCP) berjumlah USD$250,000 (RM1.1 juta) kepada Malaysia sejak 2001 hingga tahun lepas.

Duta Besar AS ke Malaysia Brian McFeeters berkata dana tersebut bertujuan membantu penyelidikan dan pemuliharaan warisan budaya di negara ini.

“Usaha dilakukan sejak 2001 termasuk Pemuliharaan Rebana Kercing di Kelantan dan memulihara budaya seperti wayang kulit dan tarian menora. 

“Pihak kedutaan mengambil perhatian terhadap langkah memartabatkan warisan dan budaya supaya terus kekal dikenali dalam kalangan masyarakat sekali gus merapatkan hubungan setempat juga meliputi seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Razli Che Razak.

Mengulas mengenai rebana kercing, McFeeters berkata beliau mengagumi bakat lebih 100 murid berusia 10 tahun ke atas daripada beberapa sekolah di Kelantan yang mampu menguasai persembahan seni budaya tersebut. 

“Mereka mempraktiskan elemen warisan dan budaya dan usaha ini merupakan antara hasil yang dimahukan dalam langkah melakukan pemuliharaan,” katanya. 

Sementara itu, Razli berkata projek penyelidikan rebana kercing membabitkan dana berjumlah RM200,000 telah melibatkan seramai 27 penyelidik dan kakitangan UMK.

“Penyelidikan ini bertujuan memelihara seni persembahan rebana kercing yang dipercayai mula bertapak sejak 150 tahun lepas di Kampung Laut, Tumpat.

“Projek penyelidikan itu menghasilkan pelbagai pencapaian dan kejayaan antaranya mendokumentasikan dua buku hasil penyelidikan dan pemuliharaan seni persembahan rebana kercing,” katanya.

Menurut Razli buku yang akan diterbitkan itu bertajuk ‘Rebana Kercing Kampung Laut: Preservation of the Art’ setebal 108 muka surat dan sebuah buku mewah bertajuk ‘The Preservation of Rebana Kercing: The Journey’ mengandungi 90 muka surat.

Beliau berkata kandungan buku itu dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UMK daripada pelbagai bidang pengkhususan termasuk berkaitan situasi semasa, sejarah, Persatuan Rebana Kercing, instrumen, tarian dan kostum.

“Kandungan buku mewah menampilkan visual usaha pemuliharaan merangkumi temu bual, kerja lapangan dan proses digitalisasi latihan serta persembahan kebudayaan Rebana Kercing melalui projek AFCP.

“Penyelidikan juga turut menghasilkan dokumentari pendek bertajuk ‘Rebana Kercing: The Dying Arts’ sebanyak 13 episod yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!