Apa Itu Program Affiliate

Program Affiliate

Program affiliate adalah program pengiklanan internet yang memberi keuntungan kepada laman web dan afiliat (anda). Sebagai afiliat anda akan mempromosikan laman web kami agar lebih ramai pengunjung melawatnya. Ia dilakukan melalui iklan banner atau pautan. Proses ini amat mudah. Afiliat akan menerima komisen sekiranya pengunjung laman web kami membuat pembelian. Kesemua proses memonitor dan menetapkan komisen dilakukan secara automatik. 

 

Cara Untuk Mengiklan Sebagai Agen Afiliat

a) Ada dua cara nak mengiklan sebagai agen afiliat iaitu menggunakan banner atau kongsi link. Di sini saya nak tunjukkan cara paling senang iaitu dengan link. Mula-mula daftar dulu untuk menjadi agen afiliat di https://www.melur.com/affiliate-register-page/. Anda perlu mengaktifkan akaun dengan mengklik pautan yg kami hantar ke email anda.

b) Kemudian masuk ke akaun anda melalui https://www.melur.com/affiliate-login-page/ dan anda akan dipaparkan dengan dashboard atau Affiliate Account Page. Lepas tu klik tab Marketing > Affiliate Links untuk lihat nombor referal anda. 

c) Anda boleh lihat nombor referal anda yang unik. Gunakan nombor referal ini waktu nak share link website kami dalam format ini ==> https://www.melur.com/?ref=XX (XX = no referal anda). Contohnya sekiranya nombor referal anda ialah 64, maka format link ialah https://www.melur.com/?ref=64

 

 

d) Anda juga boleh kongsikan link produk-produk kami tidak terhad kepada link utama saja. Sebagai contoh

==>  www.melur.com/product/anak-pokok-durian-musang-king-d197-kahwin/?ref=64

==>   www.melur.com/product/anak-pokok-tenggek-burung/?ref=64

 

e) Sekiranya ada pelanggan tiba ke laman web kami dan membuat pembelian setelah mengklik pautan yg anda kongsi, secara automatik anda akan mendapat komisen. Anda boleh melihat jika ada rekod referal di dashboard anda dengan mengklik tab referal (pengunjung yg membuat pembelian). Kalau nak tengok semua trafik (pengunjung - membeli atau tidak membuat pembelian) yg singgah ke laman web kami melalui link anda, klik Overall > Traffic Log.

Mudah tak? Kerja anda cuma kongsi link saja (jangan lupa letak nombor referal pulak....) di sosial media seperti FB, Insta, Twitter atau menerusi email. Tak perlu susah-susah nak ambil order ke, jawab soalan pasal produk ke etc.. etc.. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh le email ke support@melur.com atau whatsapp ke 0164465087. Anda jugak boleh baca lebih banyak info di polisi kami kat sini.

 

 

 

 

 

Maklumat Tambahan

Kami juga ada sediakan beberapa video tutorial untuk membantu anda:

  1. Cara Mendaftar Sebagai Agen Afiliat
  2. Cara Promosi Produk Di Sosial Media
  3. Cara Promosi Banner DI Blogspot