Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

3,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Krismas Selangor

NORAFIZA JAAFAR | 2022-12-14 13:45:00 | www.sinarharian.com.my

Amirudin menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena sambutan Krismas menjelang 25 Disember depan.

Amirudin menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena sambutan Krismas menjelang 25 Disember depan.

PETALING JAYA – Hampir 3,000 pengunjung memeriahkan Rumah Terbuka Krismas peringkat Selangor di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada Selasa.

Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, program tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meraikan perbezaan dan memupuk keharmonian rakyat berbilang bangsa di Selangor.

Menurutnya, pelbagai persembahan menarik daripada Violinist Dr Joanne Yeoh, FGT Church Choir, GA611 Church, Roman Catholic Church dan Kaya Band serta jamuan makanan percuma disediakan kepada pengunjung.

Persembahan sempena Rumah Terbuka Krismas peringkat Selangor.

Persembahan sempena Rumah Terbuka Krismas peringkat Selangor.

“Sambutan Krismas pada tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan sumbangan kepada rumah ibadat Kristian di Selangor berjumlah RM593,460.

“Pemberian sumbangan khas turut disalurkan kepada badan pelaksana bahagian agama di dalam kumpulan LIMAS (Budha, Kristian, Hindu, Sikh & Tao) serta pemberian sumbangan kepada 55 badan bukan kerajaan (NGO) Kristian,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Program dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian.

Pada majlis itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan terus melindungi dan menggandakan usaha dalam meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat secara berterusan.

“Oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menggugat perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan perlu dielakkan sekiranya kita mahu melaksanakan agenda pembangunan mampan bagi meningkatkan kedudukan sosioekonomi rakyat serta meningkatkan kemajuan khususnya di kawasan luar bandar, ” katanya.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, rumah terbuka adalah platform terbaik dalam mengetengahkan sambutan perayaan yang melambangkan identiti dan kebudayaan di Malaysia.

“Hal ini juga dapat menarik minat para pelancong untuk datang berkunjung ke Selangor melalui kepelbagaian acara yang berkonsepkan pelancongan seperti ini.

“Penganjuran sambutan perayaan seperti ini mampu mengetengahkan Selangor sebagai sebuah negeri yang harmoni.

“Ini bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman tentang kepercayaan masyarakat lain malah signifikasi kepelbagaian budaya di Malaysia yang merupakan antara tonggak utama negara ini,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!