Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

28 individu diperdaya kira bilangan kereta api

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | 2022-12-27 20:41:00 | www.sinarharian.com.my

Siasatan terhadap 'scammer' itu telah dilancarkan pihak berkuasa India pada November lalu. - Foto Agensi

Siasatan terhadap ‘scammer’ itu telah dilancarkan pihak berkuasa India pada November lalu. – Foto Agensi

NEW DELHI – Pihak berkuasa di India menyiasat aduan mengenai penipuan tawaran kerja melibatkan kira-kira 28 individu yang diperdaya untuk mengira bilangan kereta api selama beberapa hari.

Kesemua mangsa dari negeri Tamil Nadu percaya mereka menjalani latihan bersama Indian Railways dan turut membayar antara 200,000 rupee (RM10,700) dan 2.4 juta rupee (RM128,271) untuk mendapatkan kerja tersebut.

Jurucakap polis di New Delhi mengesahkan mereka telah melancarkan siasatan pada November lalu, namun berita ‘scammer tawar kerja’ itu hanya diketahui umum pada minggu lalu.

“Mereka diminta untuk berdiri platform berbeza di stesen kereta api utama di Delhi selama lapan jam pada setiap hari.

“Kesemua mangsa diarahkan untuk mengira kereta api yang melalui stesen berkenaan,” laporan Press Trust India.

Salah seorang mangsa mendakwa dia sanggup melakukan apa jua kerja demi untuk menanggung keluarganya selepas pandemik Covid-19.

“Kami diminta ke Delhi untuk menjalani latihan ‘kira kereta api’. Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dengan latihan itu, namun scammer tersebut adalah sahabat baik jiran kami. Rupa-rupanya kami ditipu,” ujarnya yang enggan identitinya didedahkan. – Agensi

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!