Akar Wangi Tumbuhan Pelbagai Guna

Noraida Arifin

Home » Blog » Noraida » Akar Wangi Tumbuhan Pelbagai Guna

Nama botaninya Chrysopogon zizanioides sinonimnya Vetiveria zizanioides

Nama lain akar wangi, vetiver grass, larasetu, akar babau, rumput suk sak , akar suk sak

Sejenis tumbuhan dari keluarga rumput

Akarnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaanBoleh dibiakkan dengan pecahan rumpun dan biji benih.Pokok tumbuh tegak boleh mencapai ketinggian maksimum 2.5 meterMempunyai bunga yang terletak pada hujung batang.Buahnya seperti buah padi.Bahagian yang digunakan pada tumbuhan ini ialah akarnyaBahagian akarnya dijadikan minyak urut, dijadikan ubat kumur untuk mengatasi masaalah nafas berbau.Akar wangi juga dijadikan minyak pati dan digunakan dalam pembuatan sabun dan minyak wangi. serta kosmetik. Ciri antibakteria yang ada padanya menyebabkan ia digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat dan ruam.Akar wangi juga dapat menghalau serangga.pada zaman dahulu akarnya digunakan untuk mewangikan almari pakaian disamping dapat menghalau serangga.Batang dan daunnya boleh dijadikan makanan haiwan ternakan seperti lembuAkarnya juga dijadikan kraftangan seperti, sejadah, tikar dan lapik pingganPokoknya juga ditanam pada cerun untuk mengelakkan hakisanAkarnya juga dapat meningkatkan kesuburan tanah.Merupakan tumbuhan yang lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

1. Bahagian akarnya dijadikan minyak urut, dijadikan ubat kumur untuk mengatasi masaalah nafas berbau.

2. Akar wangi juga dijadikan minyak pati dan digunakan dalam pembuatan sabun dan minyak wangi. serta kosmetik. Ciri antibakteria yang ada padanya menyebabkan ia digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat dan ruam.

3. Akar wangi juga dapat menghalau serangga.

pada zaman dahulu akarnya digunakan untuk mewangikan almari pakaian disamping dapat menghalau serangga.

4. Batang dan daunnya boleh dijadikan makanan haiwan ternakan seperti lembu(perlu dicincang kerana daunnya agak tajam seperti daun lalang)

5. Akarnya juga dijadikan kraftangan seperti, sejadah, tikar dan lapik pinggan

6. Pokoknya juga ditanam pada cerun untuk mengelakkan hakisan

7. Akarnya juga dapat meningkatkan kesuburan tanah

8. Pemegang air semulajadi untuk kawasan yang mudah kering seperti kawasan berpasir. Di Thailand ia ditanam disekeling pokok untuk menolong memegang air pada tanah yang poros dan berpasir

9. Khus syrup atau vetiver Sharbat adalah sejenis minuman yang dibuat menggunakan akar wangi

****Kandungan fosfat dan nitrat yang tinggi yang terdapat pada akar wangi (vetiver root) menjadikan ia sangat berkesan dalam merawat air yang tercemar — at Melur Kota Tinggi

akar wangi combined
akar wangi combined

About Me

Noraida Arifin

Leave a Comment