Resepi Dengan Daun Holy Basil

Noraida Arifin

Home » Blog » Noraida » Resepi Dengan Daun Holy Basil

Resepi Menggunakan Daun Holy Basil

Pasti kita pernah terdengar resepi masakan Thai yang popular iaitu pad kra pao. Holy basil dalam bahasa Thai dikenali dengan nama kra pao. Masakan ayam yang menggunakan daun selasih ini di namakan gai pad kra pao yang bermaksud ayam goreng selasih.

holy basil

Resepi Pad Kra Pao Gai
Bahan-bahan:

Bahagian ayam yang tidak bertulang ( dada) atau isi ayam.

Lebih kurang 200 g 5 ulas bawang putih

4 hingga 10 biji cili merah yang tidak pedas sangat

1 sudu makan minyak untuk menggoreng

1 sudu teh sos tiram

1/2 sudu teh kicap cair Sedikit kicap manis.

1/2 sudu teh gula

Segenggam daun selasih ( holy basil). tiada dirumah? Beli di katalog Melur.Com.

Cara-cara

Cara membuatnya. potong ayam secara potongan dadu . Tumbuk kasar bawang putih dan cili ( tumbuk lebih asli sebab kalau kisar akan berair). Buang batang selasih dan ambil daunnya sahaja. Dapatkan lebih kurang segenggam panaskan kuali, masukkan minyak, bila minyak cukup panas tumis cli dan bawang putih yang di tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau (lebih kurang 20 saat).

Kemudian masukkan ayam, goreng dan kacau hingga masak. lebih kurang 2 hingga 3 minit bergantung pada besar atau kecil potongan ayam. kalau agak kering, masukkan sedikit air tambahkan sos tiram, kicap cair, gula dan kicap manis. Terus kacau selama lebih kurang 30 saat. Masukkan segenggam daun selasih, dan tutup api. teruskan kacau.


Sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan telur dadar atau telur mata. Senangkan.

About Me

Noraida Arifin

Leave a Comment