Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

10 terkorban termasuk 5 kanak-kanak dalam kebakaran di Lyon

Sinar Harian | 2022-12-16 16:34:00 | www.sinarharian.com.my

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kebakaran di Vaulx-en-Velin pinggir bandar Lyon, Perancis pada Jumaat. - Foto AFP

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kebakaran di Vaulx-en-Velin pinggir bandar Lyon, Perancis pada Jumaat. – Foto AFP

PARIS – Sepuluh orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Lyon Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mangsa yang terkorban termasuk lima kanak-kanak, empat lagi cedera parah manakala 10 yang lain cedera ringan termasuk dua anggota bomba, menurut pihak berkuasa tempatan.

Punca kebakaran di pangsapuri tujuh tingkat di pinggir bandar Vaulx-en-Velin Lyon itu masih disiasat.

Kira-kira 170 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihak berkuasa menerima kebakaran pada kira-kira jam 3 pagi.

Jurucakap bomba memberitahu penyiar Perancis BFMTV kebakaran berlaku di tingkat bawah blok pangsapuri yang terletak di taman perumahan dan merebak sehingga ke tingkat tiga.

Operasi memadam kebakaran rumit dan jumlah mangsa mungkin meningkat, kata jurucakap itu sambil menambah bahawa asap menyukarkan usaha menyelamat.

Api bagaimanapun berjaya dipadamkan, katanya. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!