fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Ulat Bulu

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Ulat Bulu
Nama Saintifik: Passiflora foetida
Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu, Foetid Passion Flower, Stinking Passion Flower, Wild Maracuja,
Famili: Passifloraceae
Lokasi Gambar: Lokasi gambar: Bayan Baru P.Pinang
Asal: Amerika selatan dan Barat India


    

   

PENGENALAN:

Pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar. Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat. Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar. Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit. Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. Daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut. Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak. Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. Ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap di dalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan ke dalam kategori tumbuhan karnivor , tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya. Buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam. Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis. Buah ini boleh dimakan. Pucuknya yang muda serta sulurnya boleh dijadikan sayur. Ia boleh digoreng, dimasak lemak atau sup. Tumbuhan ini membiak melalui biji benih

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. Juga untuk merawat luka dan batuk. Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat. Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.

Untuk luka pula, caranya begitu mudah iaitu dengan melumatkan daunnya dan diletakkan pada bahagian yang luka.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Ulat Bulu
Scientific Name: Passiflora foetida
Other Name: Letup-letup, letup letup kelambu, Foetid Passion Flower, Stinking Passion Flower, Wild Maracuja,
Family: Passifloraceae
Location: Lokasi gambar: Bayan Baru P.Pinang
Origin: Amerika selatan dan Barat India

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!