Urang-Aring

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Urang-Aring
Nama Saintifik: Eclipta prostrata
Nama Lain: Bhringaraja, False Daisy, White Head, Swamp Daisy, White Eclipta, Han Lian Cao
Famili: Asteraceae
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Urang aring ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh liar di kawasan yang agak lembap. Ia sejenis herba tahunan yang termasuk dalam kumpulan dikot. Cara pembiakannya melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya yang kecil dan berwarna putih menyerupai bunga daisy hingga ia juga di panggil false daisy.

 

KEGUNAAN:

Urang aring terkenal sebagai herba yang digunakan untuk rawatan kecantikan rambut. daunnya yang dilumatkan dicampuri dengan minyak dan dilumurkan pada rambut dikatakan dapat membantu menyihatkan, menghitam dan mengilatkan rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut. Dalam perubatan ayurveda urang aring juga digunakan untuk rawatan hepatomegaly (pembesaran hati) , luka, ulcer, tekanan darah tinggi, anorexia dan sakit kepala. Jus urang aring yang dicampuri dng madu diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu masalah pernafasan (Nadkarni 1976, 470; Kirtikar and Basu 1993, 1362) . Untuk kegunaan luar pula, daunnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak, buasir. Selain itu bensky dan Gamble pula mengatakan pokok ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan buah pinggang dan hati. menurut mereka ia juga boleh digunakan untuk merawat pening, vertigo dan , pandangan kabur dan uban sebelum masa. Menurut kaedah perubatan Cina untuk meningkatkan “Yi” ia digunakan juga untuk merawat masalah “darah panas” yang mengakibatkan simptom seperti batuk berdarah, hidung berdarah, najis bercampur darah dan muntah dan kencing berdarah (Bensky
and Gamble 1993, 365) .

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Urang-Aring
Scientific Name: Eclipta prostrata
Other Name: Bhringaraja, False Daisy, White Head, Swamp Daisy, White Eclipta, Han Lian Cao
Family: Asteraceae
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *