Ubi Ganyong

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Ubi Ganyong
Nama Saintifik: Canna edulis
Nama Lain: Canna discolor L. syn. C. edulis, Queensland arrowroot, buah tasbih, ubi pikul, ganyal, ganyol, sinetra
Famili: Cannaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan tempatan
Asal:: Amerika Tropika

 

KETERANGAN:

Ubi ganyong merupakan sejenis tumbuhan dari spesies yang sama dengan bunga tasbih ( canna lily) atau nama saintifiknya Canna indica Linn. Malah di sesetengah tempat seperti Indonesia bunga tasbih juga dipanggil ganyong hutan. Ia merupakan sejenis tumbuhan berumpun. Batangnya lembut dan tumbuh tegak dengan ketinggian anata 0. 9 hingga 1. 8 meter. Bentuk batangnya bulat dan agak pipih dan mempunyai pelepah daun yang teratur dan saling bertindih membentuk batang. Daunnya lebar dan berwarna hijau kemerahan dengan daunnya berbentuk elips memanjang. Bunganya berbentuk serombong, buahnya berbentuk bulat kecil dan terdapat rongga ruangan untuk biji di dalamnya. Ubinya berwarna putih atau keunguan. Pembiakannya melalui pecahan ubi dan anak yang terhasil dari rumpunnya.

Taksonomi gayong:
Kingdom: Plantae (tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (pembuluh)
Superdivisi: Spermatophyta (menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (berbunga)
Kelas: Liliopsida (berkeping satu / monokotil)
Sub-kelas: Commelinidae
Ordo: Zingiberales
Famili: Cannaceae
Genus: Canna
Spesies: Canna edulis Ker.

 

KEGUNAAN:

Walaupun ubi ganyong kurang popular berbanding dengan ubi lain seperti keledek dan ubi kayu ia juga mempunyai pati yang boleh dijadikan tepung. Tepungnya mengandungi kandungan kalsium, fosforus dan karbohidrat yang tinggi menjadikan ia baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi terutamanya pada kanak-kanak. Tepung ubi ganyong boleh dijadikan kuih seperti bingka, puding, roti, mee serta kek. kegunaannya boleh diolah sehingga sama seperti kegunaan tepung sagu. penuaian ubi ganyong bergantung kepada kegunaannya. Jika untuk dimakan dengan cara merebusnya ubinya yang muda boleh dituai. Jika tujuannya untuk mendapatkan patinya penuaian perlu dilakukan ketika ubi telah tua.

Agar-agar selalunya dihasilkan menggunakan rumpai laut. Selain dari rumpai laut, ubi ganyong juga boleh dijadikan agar-agar. Agar-agar daripada ubi ganyong mudah disediakan dan boleh dilakukan di rumah. Caranya ialah dengan mendapatkan pati ubi ganyong dahulu. process mendapatkan pati ubi ganyong sama dengan proses mendapatkan pati lain. Nisbah 5 kg ubi ganyong yang tua dan diparut diramas bersama 5 liter air, ia ditapis dan hampasnya dibuang. Kemudian larutan pati dimendakkan selama sehari untuk mendapatkan pati. Mendakan kemudiannya dijemur hingga kering. Untuk menjadikannya agar-agar, pati direbus hingga mendidih dengan air yang cukup serta tambah perisa dan pewarna dan disejukkan sebelum dipotong.

Dari segi perubatan ubi ganyong digunakan untuk mengubati radang saluran kencing. Caranya ialah dengan mencampurkan 40g ubi ganyong dengan 30g daun misai kucing, 20g akar lalang dan 600 ml air. kesemuanya direbus sehingga mendidih selama 15 minit. Diminum panas-panas setiap pagi dan petang.
ia juga digunakan untuk mengurangkan kepanasan dalam badan. caranya 30g ubi ganyong bersama 30g temu lawak dan 700 ml air direbus hingga mendidih selama 15 minit dan diminum panas-panas 2 kali sehari.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Ubi Ganyong
Scientific Name: Canna edulis
Other Name: Canna discolor L. syn. C. edulis, Queensland arrowroot, buah tasbih, ubi pikul, ganyal, ganyol, sinetra
Family: Cannaceae
Location: Tumbuhan tempatan
Origin: Amerika Tropika

 

 

DESCRIPTION:

Canna tubers is a plant of the same species with cannas lily, scientific name Canna indica Linn. In fact, in some places like Indonesia canna Lilly is also called Ganyong hutan ( Wild canna tubers) . The plant has soft stems and grows vertically at the height between 0. 9 to 1. 8 meters. The leaves shape are rounded and somewhat flattened stems and have regular frond and overlap to form the stem. Leaf is wide, the color is reddish green with elongated elliptical leaves. The fruits are small with the inside space for seed cavity. The tubers is white or purplish. It can be propagated through fractions of tubers and the new plants generated from the old plants.

 

USAGE:

Although ubi ganyong or canna tubers are less popular compared to other tubers such as sweet potato and cassava it also essential that can be powdered. Powders containing calcium, phosphorus and high carbohydrate makes it good for the development of strong bones and teeth, especially to chidren. Ganyong flour can be prepared as can be prepared as cakes, puddings, breads and noodles. The usage of the flour is as the same as the use of cornstarch. The harvesting period of Ubi ganyong depends on the usage. Young roots can be harvested if the preparation is by boiling the tubers and eat as it is. The harvesting should be done when tubers were older if the purpose is make the flour. jelly is usually produced using seaweed. Apart from seaweed, canna tubers also can be prepared as home cooked jelly. Jelly from canna tubers easy to prepare and can be done at home .

The Method is to prepare t canna starch first . The process to produce the canna starch is similar to the process of getting other starches. Ratio of 5 kg grated old canna tubers is mixed with 5 liters of water, it is filtered and the husk removed. Then precipitated starch solution for a day to get the gist. The precipitate is then dried. To prepare the jelly , starch is boiled , add enough flavor and dyes and cooled before being cut. Canna tubers medically used to treat inflammation of the urinary tract. The method is by adding 40g to 30g canna tubers with ca whiskers leaves (Orthosiphon aristatus) , lalang root 20g and 600 ml of water. all boiled for 15 minutes. Drin it hot every morning and afternoon. The tubers is also used to reduce the heat in the body. 30g Canna tubers along with 30g temu lawak and 700 ml of boiling water are boiled for 15 minutes and drink hot 2 times a day.

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

PEMANFAATAN UBI GANYONG SEBAGI AGAR-AGAR BERGIZI TINGGI

Tepung Ubi GanyongTepung Ubi Ganyong Healthy Choice adalah hasil pati dari ubi ganyong yang dibudidayakan secara…

Posted by Healthy Choice Indonesia on 5hb Januari 2014

Ganyong

http://matoa.org/ganyong-alternatif-pangan-lokal-dan-obat-tradisional/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *