Ubat Kurap

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Ubat Kurap
Nama Saintifik: Rhinacanthus nasutus (l.) kurz
Nama Lain: Pala sari (Malaysia, Kelantan)
Famili: Acanthaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Tumbuhan yang dijumpai tumbuh liar ini dikelai dengan nama pala sari/ kepala sari di Kelantan. Terdapat 2 jeni pokok yang dipanggil pala sari di Kelantan, pokok ini dan satu lagi ialah sejenis pokok balak yang besar. kedua-duanya amat berbeza sama sekali.

Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang ketinggiannya hanya boleh mencapai ketinggian bawah dari 1 meter. daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berlawanan. Bunganya berwarna putih dan kecil dengan korola yang berwarna hijau. ia membiak melalui keratan batang dan biji benih.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan tradisional, ia merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuhkan penyakit kurap. Daunnya yang dihancurkan dan dicampurkan dengan belerang disapu pada bahagian yang dijangkiti kurap tadi. Lebih efektif jika daun tadi ditonyoh pada bahagian kulit yang dijangkiti. Kaedah yang sama juga digunakan untuk merawat panau. Untuk mengubati penyakit yang sama, di Indonesia, daunnya atau bunganya disapu bersama cuka dan jus limau nipis pada bahagian kulit yang dijangkiti.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Ubat Kurap
Scientific Name: Rhinacanthus nasutus (l.) kurz
Other Name: Pala sari (Malaysia, Kelantan)
Family: Acanthaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *