Tutup Bumi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Tutup Bumi
Nama Saintifik: Elephantopus scaber
Nama Lain: Tapak Leman/Tapak Liman, Tapak Tangan, Tapak Tanah, Tapak Gajah, Ku Di Dan (China) , Prickly-Leaved Elephants Foot (English) , Doh , Doh Mai Rue (Thailand) Lom
Famili: Compositae
Lokasi Dijumpai: Di padang-padang rumput
Asal::

 

KETERANGAN:

Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar di padang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.

 

KEGUNAAN:

Untuk mengubat anaemia, batuk , selesema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. ia juga dikatakan dapat mempermudah proses kelahiran dan digunakan juga selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan.
Bahagian yang digunakan:seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning) , 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air (supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Tutup Bumi
Scientific Name: Elephantopus scaber
Other Name: Tapak Leman/Tapak Liman, Tapak Tangan, Tapak Tanah, Tapak Gajah, Ku Di Dan (China) , Prickly-Leaved Elephants Foot (English) , Doh , Doh Mai Rue (Thailand) Lom
Family: Compositae
Location: Di padang-padang rumput
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/elephantopus.Html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *