Terung Pipit

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Terung Pipit
Nama Saintifik: Solanum torvum
Nama Lain: Terung manggul, terung rembang, turkey berry, prickly nightshade
Famili: Solanaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Kawasan tropika

 

KETERANGAN:

Terung pipit merupakan sejenis tumbuhan liar yang akan menduduki kawasan tanah-tanah kosong yang baru di bersihkan. Pembiakannya yangmudah melalui biji benih yang dibawa oleh haiwan seperti burung menyebabkan ia mudah tersebar. Ia juga boleh dibiakkan melalui keratanbatang.Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sekitar 1.5 meter. Daunnyatersusun dalam bentuk pasang dan mudah. Batangnya berkayu, liat dan berduri. Bunga terung pipit berwarna putih. Bunganya kecil dan tersusun dalam bentuk tangkai. Buahnya pula berbentuk beri dan berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi kuning hingga oren apabila masak.

 

KEGUNAAN:

Buah terung pipit adalah sejenis ulam yang popular bagi masyarakat kampong. Buahnya boleh dimakan sebagai ulam mentah atau direbus atau dicelur terlebih dahulu. Buahnya juga sangat sedap apabila dicampurke dalam sambal tumis. Dari sudut perubatan pula jusatau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan. Akarterung pipit digunakan untuk mengubati masalah tumit atau kulit kaki pecah.
Ketahanan pokok ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai pokok penanti untuk terung dan tomato.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Terung Pipit
Scientific Name: Solanum torvum
Other Name: Terung manggul, terung rembang, turkey berry, prickly nightshade
Family: Solanaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Kawasan tropika

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *