Terung Kemar

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Terung Kemar
Nama Saintifik: Cyclea latiflora (miers.)
Nama Lain: Terung Kemal, terung gemal, akar bukit, mentimun tikus, timun tikus
Famili: Menispermaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

KETERANGAN:

Terung kemar merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh dijumpai di kawasan belukar dan semak. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang daunnya berbentuk hati dengan permukaan daun dilitupi oleh bulu-bulu halur yang pendek berwarna putih. Bunga terung kemar berwarna putih dan bersaiz kecil serta tersusun dalam jambak bunga. Sungguhpun ia menghasilkan bunga namun tumbuhan ini didapati tidak menghasilkan biji benih. Sebaliknya pembiakannya menggunakan ubi atau rizomnya. Ia juga membiak melalui jalaran akar. Ia biasannya tumbuh di kawasan yang agak redup dan mendapat naungan dari cahaya matahari yang terik.

 

KEGUNAAN:

Digunakan secara tradisional terutamanya untuk mengubati resdung, asma, buasir senggugut , demam. Untuk menggunakannya , ubinya dibersihkan dan direbus . Air rebusannya diminum.

untuk mengubati resdung , bahagian yang digunakan ialah ubinya. Ia diasah pada buntut pasu bersama dengan akar mengkunyit, akar melur biasa, akar melur susun dan sedikit kemenyan. Ramuan ini disapu sekeliling hidung terutamanya pada waktu malam untuk memberikan keselesaan kepada penghidap resdung.


Iklan

ServerFreak 250×250
Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Terung Kemar
Scientific Name: Cyclea latiflora (miers.)
Other Name: Terung Kemal, terung gemal, akar bukit, mentimun tikus, timun tikus
Family: Menispermaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.