Tepus Kesing

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin.

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Tepus Kesing
Nama Saintifik: Etlingera coccinea
Nama Lain: Tuhau, earth ginger
Famili: Zingiberacea
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan dari famili halia. Ia mempunyai bau yang kuat seperti bau sejenis serangga (kesing) atau juga seperti bau ketumbar jawa (cilantro) . Tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan hujan terutamanya di kepulauan Borneo. Bunganya cantik dengan warna merah terang. Seperti kebanyakan tumbuhan lain dalam keluarga halia , ia membiak melalui pecahan rizom.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan yang popular dengan nama tuhau bagi masyarakat Kadazan dusun ini biasa dijadikan jeruk untuk dimakan bersama nasi. bahagian dalam (umbut) tuhau di bersihkan dan bahagian kulit luarnya yang keras dibuang. bahagian yang lembut itu ditumbuk sedikit hingga agak pecah-pecah, ataupun dihiris nipis-nipis dan direndam dalam jus limau nipis yang dicampuri bersama sedikit garam. kadang-kadang jus limau nipis diganti dengan cuka. Cili padi atau bawang di tambah untuk menyedapkan rasa. jeruk tuhau dimakan bersama nasi dan ikan masin. tiada kegunaan tuhau dari segi perubatan yang diketahui setakat ini. Gambar tuhau akan saya upload, selepas kembali dari KK bulan Julai nanti

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Tepus Kesing
Scientific Name: Etlingera coccinea
Other Name: Tuhau, earth ginger
Family: Zingiberacea
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *