Temu Lawak

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Temu Lawak
Nama Saintifik: Curcuma xanthorrhiza
Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis) , giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili: Zingiberaceae
Lokasi Dijumpai: India, southern part of China, Africa and south east Asia
Asal::

 

KETERANGAN:

Tumbuhan hampir menyerupai kunyit ini mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2m dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis. Mengandungi sebatian volatile oil (6-11%) , curcuminoids (62%) dan starch (30-40%) . Tumbuhan ini membiak melalui pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temu lawak banyak digunakan dalam perusahaan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2. Ubat demam ( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan di sentri. Juga merawat masalah sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
Capa penggunaan ialah dengan mengambil 3-9 g rizomnya yang segar (kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan

** peringatan, jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan. Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.
pautan lain
http://www. dayakology. com/kr/ind/2002/83/kesehatan. htm

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Temu Lawak
Scientific Name: Curcuma xanthorrhiza
Other Name: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis) , giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Family: Zingiberaceae
Location: India, southern part of China, Africa and south east Asia
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *