Sunset Bell

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Sunset Bell
Nama Saintifik: Chrysothemis pulchella
Nama Lain: Copper leaf, sunset bell, black Flamingo
Famili: Gesneriaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan laman
Asal:: Panama , Brazil

 

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan herba kekal yang hidu dalam iklim tropika. Tumbuhan ini tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak, jadi ia juga sesuai ditanam di dalam rumah. Pendedahan yang terlalu banyak kepada matahari petang yang terik malahan akan membuatkan bahagian tepi daunnya seolah-olah hangus terbakar. Bunganya yang berwarna oren terang tersusun dalam bentuk jambak, akan mekar sepanjang tahun dan tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang mengeluarkan bunga yang banyak dan kerap. Kelopak bunganya hanya mampu bertahan selama 2 hari sebelum ianya layu dan kering. Tampuk bunganya yang juga cantik berwarna merah akan tahan lama.

Daunnya besar dan berwarna hijau kecoklatan dengan permukaan daun yang mempunyai bulu-bulu halus yang keras. Batangnya dari jenis lembut dan berair. Tumbuhan ini juga membiak dari ubi dan biji benih. Ia juga boleh dibiakkan dengan mudah menggunakan keratan batang. Ia tersebar dengan cepat jika ditanam di dalam pasu yang besar atau di atas tanah. Genus Chrysothemis mempunyai 6 spesies. Ia juga amat sesuai dijadikan tanaman tutup bumi. Ia memerlukan air yang mencukupi tetapi air yang terlalu banyak akan membuatkan batangnya yang lembut menjadi buruk dan reput. Ia perlu ditanam dalam medium yang bersaliran baik.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Sunset Bell
Scientific Name: Chrysothemis pulchella
Other Name: Copper leaf, sunset bell, black Flamingo
Family: Gesneriaceae
Location: Tumbuhan hiasan laman
Origin: Panama , Brazil

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *