Sirih

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Sirih
Nama Saintifik: Piper betle l.
Nama Lain: sirih jawa, betel leaf
Famili: Piperaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan laman
Asal::

 

KETERANGAN:

Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman ke pahlawan Melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat Melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan Melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau , badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar. Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.
Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari. Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Sirih
Scientific Name: Piper betle l.
Other Name: sirih jawa, betel leaf
Family: Piperaceae
Location: Tumbuhan laman
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

2 thoughts on “Sirih

  1. Hi,
    Berapa harga pokok sirih? Boleh ke di pos ke puchong?
    Terima kasih 🙂

    1. Assalam,
      Harga sirih RM10 + RM16(pos). Harga pos ikut berat (3kg pertama = RM16). Untuk Sirih RM cukup utk 3-4 pokok.
      Tq
      0194779004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *