Sintok

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Sintok
Nama Saintifik: Entada spiralis
Nama Lain: Beluru
Famili: Leguminosae
Lokasi Dijumpai: Dalam hutan hujan tropika
Asal::

 

KETERANGAN:

Sintok ialah sejenis tumbuhan berbatang berkayu yang memanjat. Tumbuhan ini adalah dari jenis liana dan selalunya dijumpai memanjat pokok-pokok lain terutamanya pokok-pokok balak di dalam hutan. Sintok membiak melalui biji benih. Buahnya yang matang berwarna hitam dan buah ini juga boleh digunakan sebagai pengganti syampu seperti kulit batangnya juga. Untuk menjadikan air sintok sebagai pengganti syampu untuk menghitam dan mengilatkan brambut, kulit batangnya diketuk hingga leper dan disiatkan ke dalam air. Ia akan mengeluarkan buih dan buih ini digunakan untuk syampu manakala kulit tadi boleh digunakan untuk menyental tubuh badan ketika mandi. Selain menghilangkan kotoran dan daki ia juga wangi dan menyegarkan.

 

KEGUNAAN:

Ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat pilis (dicampur dengan akar tinggal dan kapulaga) yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan. Sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan. ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit. Masyarakat Melayu tradisional juga mengamalkan mandi menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan di samping mengharumkan tubuh badan. Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa, ia juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Sintok
Scientific Name: Entada spiralis
Other Name: Beluru
Family: Leguminosae
Location: Dalam hutan hujan tropika
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *