Senna Mekah

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Senna Mekah
Nama Saintifik: Cassia angustifolia vahl
Nama Lain: Mecca senna, Tinnevelly senna, Indian senna, nilavarai, nelavakai, Fan xia ye,
Famili: Caesalpiniaceae/Leguminosae
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan renek yang cepat membesar. Ia boleh mencapai ketinggian sekitar 1 meter. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang lurus dan bercabang. Daunnya bula tersusun secara berpasangan. Pada tangkai daun dan berwarna hijau pucat. Ia merupakan tumbuhan renek dari jenis semusim. Ia mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 40 hari di tanam dan bunga ini akan kembang sepenuhnya selepas lebih kurang dua bulan ditanam. Ia berasal dari negara Yaman di selatan Arab. Kini tumbuhan ini banyak ditanam secara komersial untuk kegunaan farmakologi di bahagian selatan India terutamanya Tamil Nadu dan Gujerat.

 

KEGUNAAN:

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah daun, biji dan kulit biji (podnya) . Senna telah digunakan dalam perubatan sebagai pelawas sejak turun temurun. Malah terdapat riwayat mengatakan Rasulullah pernah bersabda mengenai khasiat senna sebagai pelawas. senna merupakan tumbuhan yang bersifat panas dan kering. Senna digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, kecacingan, anemia, thypoid, kolera, bronkitis, batuk, artritis dan penyakit kuning.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Senna Mekah
Scientific Name: Cassia angustifolia vahl
Other Name: Mecca senna, Tinnevelly senna, Indian senna, nilavarai, nelavakai, Fan xia ye,
Family: Caesalpiniaceae/Leguminosae
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *