Senduduk

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Senduduk
Nama Saintifik: Melastoma malabathricum
Nama Lain: Keduduk, senggani, Straits Rhododendron
Famili: Melastomataceae
Lokasi Dijumpai: Semak dan belukar
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok renek ini biasa dijumpai di belukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain di sesetengah tempat seperti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

 

KEGUNAAN:

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampuri bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. Daunnya yang tua dan gugur ke bumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur ke bumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, brak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Senduduk
Scientific Name: Melastoma malabathricum
Other Name: Keduduk, senggani, Straits Rhododendron
Family: Melastomataceae
Location: Semak dan belukar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *