Senduduk Putih

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Senduduk Putih
Nama Saintifik: Melastoma decemfidum roxb./melastoma imbricatum
Nama Lain: Keduduk putih.
Famili: Melastomaceae
Lokasi Dijumpai: Liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh di kawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesies berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar di sesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

 

KEGUNAAN:

Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap) . Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampuri dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah. Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Senduduk Putih
Scientific Name: Melastoma decemfidum roxb./melastoma imbricatum
Other Name: Keduduk putih.
Family: Melastomaceae
Location: Liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *