Senduduk Paksa

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Senduduk Paksa
Nama Saintifik: Clidemia hirta
Nama Lain: Senduduk bulu, soapbush
Famili: Melastomataceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Senduduk paksa merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasanya dijumpai tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar. Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat. Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing dibahagian hujung. Urat daun kecil dan banyak dan ia membentuk petak di atas daun. Daun dibahagi kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa (kerana itu ia di panggil senduduk paksa, yang bermaksud pangsa dalam loghat Kelantan dan Terengganu) .

Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa dijumpai berwarna putih atau merah jambu samar. Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum. Tumbuhan ini menyukai tempat yang abak lembab dan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Ia membiak melalui dua cara utama iaitu biji benih dan keratan batang. Ia biasanya mempunyai ketinggian kurang dari satu meter. Tumbuhan ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap keadaan kering dan oleh hidup selama 6 bulan dalam keadaan kemarau terik.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan tradisional Melayu dan asli, senduduk paksa digunakan untuk mengubat penyakit sawan. Kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang. Daun ini ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak setiap pagi sehingga sembuh. Selain itu ia juga digunakan untuk mengubat luka. Daunnya dilayurkan pada api dan digentel untuk mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Senduduk Paksa
Scientific Name: Clidemia hirta
Other Name: Senduduk bulu, soapbush
Family: Melastomataceae
Location: Tumbuhan Liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *