Selasih Dandi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Selasih Dandi
Nama Saintifik: Stachytarpheta jamaicensis (l.) vahl.
Nama Lain: Pokok cawan minyak, rumput tahi babi, light blue snake-weed, blue porterweed, yu long (China) ,
Famili: Verbenaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

KETERANGAN:

Merupakan sejenis rumpai yang biasa menguasai sesuatu kawasan lapang seperti kawasan pertanian. Tumbuhan dari jenis dikot ini merupakan sejenis tumbuhan yang mudah membiak dari biji benihnya yang tersebar ke persekitaran. Daunnya tersusun secara berselang dengan permukaan daun berkedut. Tepi daunnya bergerigis. Bunganya tersusun pada tangkai bunga yang panjang. Bunganya kecil berwarna ungu tua. Ada juga spesies yang mempunyai bunga berwarna putih.

 

KEGUNAAN:

Ia digunakan sebagai ubat luga. Daunnya dilumatkan hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang luka. Tumbuhan ini dikatakan bersifat sejuk dan mempunyai rasa yang pahit. Bahagia yang biasa digunakan dalam perubatan ialah keseluruhan bahagian tumbuhan. Di Brazil, India , Bahamas dan beberapa negara lagi tumbuhan ini di jadikan ubat untuk merawat selesema dan demam. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal pada kulit. Tumbuhan ini tidak boleh digunakan oleh wanita hamil dan menyusukan anak.


Iklan

Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Selasih Dandi
Scientific Name: Stachytarpheta jamaicensis (l.) vahl.
Other Name: Pokok cawan minyak, rumput tahi babi, light blue snake-weed, blue porterweed, yu long (China) ,
Family: Verbenaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply