Salam

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Salam
Nama Saintifik: Eugenia polyantha
Nama Lain: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai) , Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Famili: Myrthaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki. Ia mempunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya. Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging. Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan. Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya. Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampuri dengan sedikit garam sebelum diminum. Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Salam
Scientific Name: Eugenia polyantha
Other Name: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai) , Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Family: Myrthaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *