Rerama Hijau

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Rerama Hijau
Nama Saintifik: Christia vespertilionis
Nama Lain: synonym: Hedysarum vespertilionis, Lourea vespertilionis. Nama biasa yang lain, pokok rama-rama, Mariposa, green Butterfly Wing, Island Pea, Aircraft/Bat Grass
Famili: Fabaceae/Leguminosae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan melur.com
Asal:: Asia Tenggara dan Brazil

 

KETERANGAN:

Sejenis tumbuhan herba berbatang lembut berasal dari Asia Tenggara. Ia mudah tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Tetapi boleh juga tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari separa. Cuma warna daunnya akan menjadi lebih cantik dan terang jika mendapat cahaya matahari yang penuh. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang optimun. Penyiraman 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang diperlukan jika keadaan cuaca yang panas terik. Tanah yang diperlukan ialah tanah yang bersaliran baik. Campuran antara sekam dan sabut juga boleh digunakan sebagai medium pertumbuhannya. Terdapat dalam pelbagai variasi yang dibezakan oleh warna daunnya. Antara pokok rerama yang boleh dijumpai ialah Rerama merah, rerama hijau, rerama hijau berbelang merah, rerama merah berbelang hijau.

Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan dua kaedah utama iaitu keratan batang dan semaian biji benih. Kaedah keratan batang lebih cepat menghasilkan anak pokok kerana pertumbuhan akarnya cepat. Semaian menggunakan biji benih memerlukan masa antara 4 hingga 8 minggu sebelum bercambah. Pastikan buka kulit bijinya hingga keluarkan biji benih yang sangat kecil sebelum disemai.

Pokok ini juga boleh membiak sendiri. Selalunya jika pokok telah cukup matang dan mengeluarkan biji benihnya, biji benih yang jatuh ke persekitaran akan mengeluarkan anaknya. Jenis yang biasa dijumpai di Malaysia ialah jenis yang digunakan sebagai tumbuhan hiasan yang berwarna merah. Rerama hijau mula dibawa ke Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2013) kerana fungsinya sebagai ubatan alternatif. Kajian Institut Bioteknologi Melaka mendapati pokok rerama hijau mempunyai 13 sebatian yang boleh digunakan sebagai ubatan. Ia boleh juga digunakan untuk meningkatkan kadar hemaglobin dalam darah.

 

KEGUNAAN:

Pokok rerama hijau kini digunakan sebagai herba untuk rawatan alternatif penyakit-penyakit seperti kanser, SLE, Leukemia, denggi dan kencing manis.

Daunnya yang dikeringkan digunakan sebagai teh. Jumlah pengambilan teh setiap hari bergantung kepada jenis dan tahap penyakit seseorang.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Rerama Hijau
Scientific Name: Christia vespertilionis
Other Name: synonym: Hedysarum vespertilionis, Lourea vespertilionis. Nama biasa yang lain, pokok rama-rama, Mariposa, green Butterfly Wing, Island Pea, Aircraft/Bat Grass
Family: Fabaceae/Leguminosae
Location: Tumbuhan melur.com
Origin: Asia Tenggara dan Brazil

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

https://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&biw=1194&bih=499&q=christia+vespertilionis&gbv=2&oq=christia+v&aq=0&aqi=g2g-S1g-sS2g-S2g-msS1&aql=&gs_nf=1&gs_l=img.1.0.0l2j0i24j0i10i24l2j0i24l2j0i5i10i24.2922.10428.0.13087.12.12.1.2.3.0.76.387.9.9.0.dWxewN8hKA4

http://www.upm.edu.my/berita/details/daunreramabi?LANG=en

http://www.upm.edu.my/berita/details/daunreramabm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *