Pudina

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Pudina
Nama Saintifik: Mentha arvensis
Nama Lain: Bo He (China) , field mint
Famili: Labiatae / Lamiacea
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan ulam
Asal::

KETERANGAN:

Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan Melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya. Ia sejenis tumbuhan kecil (tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya. Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat. Sekarang pudina banyak ditanam secara komersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi

 

KEGUNAAN:

Pudina telah lama digunakan dibaratkan sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. Dalam perubatan Cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan.


Iklan

Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Pudina
Scientific Name: Mentha arvensis
Other Name: Bo He (China) , field mint
Family: Labiatae / Lamiacea
Location: Tumbuhan ulam
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply