Pudina Australia

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Pudina Australia
Nama Saintifik: Mentha australis
Nama Lain: River mint, native mint, native peppermint, Australian Mint
Famili: Lamiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan melur.com
Asal:: Australia

 

KETERANGAN:

Pudina Australia merupakan salah dari jenis dari 25-30 jenis tumbuhan yang dipanggil pudina. Ia merupakan satu daripada7 spesies pudina yang terdapat di Australia. Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.

Pudina Australia merupakan hera berbatang lembut. ketinggiannya boleh mencapai sekitar 0. 75 meter. Daunnya berukuran panjang antara 20-25mm. Ia merupakan sejenis tumbuhan kekal bukan semusim. Ia boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang dan semaian biji benih. Biji benihnya memerlukan masa yang lama untuk bercambah. Jadi kaedah pembiakan yang paling cepat ialah menggunakan keratan batang.

Ia hidup subur di tanah yang bersaliran baik. Boleh hidup di tanah liat dan berpasir

 

KEGUNAAN:

Seperti kebanyakan tumbuhan lain jenis pudina , ia juga boleh digunakan sebagai penawar kepada masalan ketidakhadaman dan pencernaan. Ia jugakan boleh digunakan sebagai antiseptik. Walau bagaimanapun wanita hamil di tegah mengambil herba ini kerana kegunaan yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Teh daripada daunnya di ambil sebagai penawar kepada demam, sakit kepala dan masalah penghadaman. Daunnya dipetik ketika ia mula mengeluarkan bunga dan boleh dikeringkan dan disimpan. Daunnya mengandungi 0. 2% minyak pati yang berbau peppermint. Bau ini amat tidak disukai oleh tikus. Daun keringkan boleh diletakkan untuk mengelakkan tikus.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Pudina Australia
Scientific Name: Mentha australis
Other Name: River mint, native mint, native peppermint, Australian Mint
Family: Lamiaceae
Location: Tumbuhan melur.com
Origin: Australia

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *