Pokok Nilam

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Pokok Nilam
Nama Saintifik: Pogostemon cablin benth.
Nama Lain: Patchouli
Famili: Labiatae/Lamiacea
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok nilam ilah sejenis tumbuhan yang mempunyai aroma yang harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik namun jika di tanam di kawasan yang beriklim tropika pokok ini amat susah sekali untuk mengeluarkan bunga kecuali kaedah in vitro. Ia mula di bincangkan secara meluas oleh ahli botani Filipina dalam tahun 1845 Tumbuhan ini biasa ditanam kerana ia boleh menghasilkan minyak sari yang banyak digunakan secara komersial. Di kawasan tropika Indonesia merupakan pengeksport minyak nilam yang bersar dengan jumlah eksportnya pada tahun 1997 melebihi 765 tan. Ia banyak ditanam secara ladang di sumatera terutamanya acheh dan sumatera utara. Minyak nilam diperoleh dengan proses penyulingan daun dan ranting nilam. Daunnya yang lebih muda (pucuk mempunyai kuantiti minyak yang lebih banyak) . Jika ia tumbuh dengan baik penuaian pertama boleh dilakukan setelah pokok berusia 6-8 bulan. Minyak nilam mempunyai permintaan agak tinggi khususnya dalam pasaran kosmetik.

Nilam merupakan pokok herba yang boleh mencapai ketinggian antara 2 hingga 3 kaki. Nilam mempunyai batang yang berbulu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan, berbentuk oval dan saiznya berukuran 10cm panjang dan dan 8cm lebar. Permukaan daunnya mempunyai warna hijau kemerahan. Untuk pertumbuhan optimum ia memerlukan cahaya matahari secukupnya namun ia juga boleh tumbuh di kawasan yang agak terlindung. Ia boleh hidup di kawasan tanah rendah atau tanah tinggi namun ketinggian optimum untuk pertumbuhan ialah sekitar 10-400 meter dari aras laut. Ia memerlukan air yang mencukupi dengan taburan hujan antara 2000-3500mm setahun. Suhu optimun sekitar 24-28 darjah Celsius dengan kelembapan sekitar 75%. Ia juga memerlukan tanah yang kaya dengan mineral dan bersaliran baik. Nilam biasa dibiakkan dengan kaedah keratan batang. Batang yang hendak dibiakkan biarlah cukup tua dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun. Bahan kimia aktif yang terdapat dalam nilam ilah seperti Patchouli alcohol, Patchouli camphor, Cadinene, Benzaldehyde, Eugenol , Cinnamic aldehyde.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan tradisional nilam digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk dan asma. Ia juga digunakan sebagai penawar kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya) . Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum. Ia juga digunakan sebagai penghalau kupu-kupu (moth) di beberapa negara di Asia.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Pokok Nilam
Scientific Name: Pogostemon cablin benth.
Other Name: Patchouli
Family: Labiatae/Lamiacea
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *