Pokok Manjakani (Mempening)

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Pokok Manjakani (Mempening)
Nama Saintifik: Quercus infectoria oliv
Nama Lain: Alleppo oak, downy oak, gal oak, manjaan, majakan, jenuri, kani, cympsgailae tinctoria semen (nama fasmaseutikal) , maju/majuphul (nama avurveda)
Famili: Fagaceae/Cupuliferae
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

“Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tindakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria) . Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.
Pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1. 8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup (seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatan berasal dari daerah Aleppo Syria. ”

 

KEGUNAAN:

Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Penyediaannya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun di dalam peti sejuk. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu. Air rendamannya juga diminum. Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Pokok Manjakani (Mempening)
Scientific Name: Quercus infectoria oliv
Other Name: Alleppo oak, downy oak, gal oak, manjaan, majakan, jenuri, kani, cympsgailae tinctoria semen (nama fasmaseutikal) , maju/majuphul (nama avurveda)
Family: Fagaceae/Cupuliferae
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *